Sapa pernah cuba makan cendol disini?? Mula-mula K.Ika ingat kan cendol biasa yang kita makan tu sebab harga lebih kurang sama sahaja.. K.Ika tak perasan ada tulis ' shaved ' maksud nya ais batu tu dah di campur dengan santan atau susu menjadi macam ais batu lepastu dikisar.. Lebih kurang macam tu lah ceritanya.. Masa dapat tu K.Ika pelik tak ada letak santan ke.. K.Ika dah terasa dekat anak tekak sedap makan cendol dengan santan 😅.. Baca balik betul-betul K.Ika yang silap tapi tak apa janji sedap..hihi.. Lain daripada yang lain lah cendol nie..
Kedai nie K.Ika dah perasan masa datang hotel dan berapa kali dah lalu.. Kedai nya tak jauh pon belakang hotel je 😂.. Sebelum masuk K.Ika bayangkan hanya ada kedai cendol sahaja tapi macam-macam ada dekat situ.. Lebih kurang konsep ala-ala food court.. Kedai cendol menghadap laluan kapal cruise lalu.. Musim covid nie kalau boleh jangan pergi orang padat dalam tu tau..
K.Ika bodek suami singgah sini dahulu selepas balik.. Mula-mula tak nak bila fikir balik kang kempunan bukan selalu datang melaka.. Yang pasti harga mampu milik.. Ada macam-macam topping yang boleh korang letak.. Servis dia pon pantas tak perlu nak tunggu lama walaupon beratur panjang..
Sapa nak cuba boleh lah pergi dekat sini.. Ada juga macam-macam pelbagai makanan yang lain.. Tempat nie agak tak sesuai bersesak waktu covid nie.. Nak tunggu covid hilang pon tak tahu bila.. Bila pergi elakkan pergi hari weekend.. Pergi hari bekerja orang kurang sikit lah..Tak tahu lah pula waktu korang pergi weekdays ramai orang.. Kiranya salah waktu pilih hari bercuti..hihi..
CENDOL KAMPUNG HULU
Tengok pon dah macam menarik kan.. Suami tak makan waktu nie sebab lama tak bawak kereta jauh suami jadi pening bila bawak kereta.. Dia punya manis.. K.Ika manis sikit pon tak boleh sebab tak puas.. Dah rasa tawar baru sedap sikit makan.. Dah lama kurang minum air manis deria manis tu kurang sikit..hihi
Taaraaaa... harga murah kan.. Ambil mangga sahaja RM6.. K.Ika tambah ais krim RM1.. Servis cas Rm0.42 sen sahaja.. Pada K.Ika dah berbaloi lah dengan harga nie..
Harga seperti macam nie.. Ambil dekat google K.Ika tak ada tangkap gambar... Nie harga last K.Ika pergi bulan 1.. Jika korang pergi selepas tu harga naik mintak maaf lah siap-siap dahulu..
Comments
Post a Comment