Percaya tak ada yang masih jual harga macam nie?? Dekat sini memang tak dapatlah harga macam tu.. Nak kata tempat nie kampung tak juga.. Bandar besar juga dekat sini mungkin sebab kebanyakan pelajar duduk disini jadi harga murah macam nie.. Oklah K.Ika bgitau dekat mana harga yang murah nie.. Pasar Malam di Sri Iskandar.. Tapak baru dah pindah dekat econsave..
Satay dia tak kecil tau besar juga.. Daging pon lembut juga.. K.Ika mula cadang nak pergi pasar malam dekat kampar cari nasi goreng lagend yang ada jual dekat kampung kak tapi hari jumaat.. Bila dah sampai tak ada pasar malam tu pindah mana pon tak pasti.. Jadi malas nak pusing tercari-cari K.Ika ajak suami pergi sri iskandar je lah.. Saja bawa mak jalan-jalan pasar malam..hihi.. Nak ajak jalan jauh secara mengejut tak boleh sebab abah K.Ika dah peram pisang awal jadi kena berniaga esok nya kalau tak pisang terlebih masak tak sedap..
Lagi 1 benda wajib kalau pergi pasar malam K.Ika akan cari putu perak.. Disebabkan dekat sini memang tak ada yang jual putu perak bila balik memang cari.. Dapat makan nikmat betul..hihi.. K.Ika sebenarnya suka pergi pasar malam saja nak cuci mata.. Mana tau jumpa makanan yang teringin nak makan kan.. K.Ika dah lama gila tak pergi pasar malam sejak duduk dekat kuarters baru nie.. Kuarters lama rajin pergi mungkin sebab suami kerja shift.. Sekarang dah kerja waktu pejabat dan selalu balik lewat jadi nak pergi tu memang tak adalah..hihi..
Gara-gara harga makanan yang murah macam nie lah yang membuatkan K.Ika nak pindah balik perak bila suami dah habis belajar.. Kos sara hidup rendah.. Bahan mentah K.Ika tengok berapa bulan sekali asyik naik je dah.. Duduk bandar besar gaji bagi lah banyak mana pon memang cukup-cukup makan.. Sebelum balik perak kena jalan dekat kawasan berdekatan sini puas-puas dulu..hahaha..
murah 60 sen sate tu. kat KL tak dapat la der..kat foodcourt dpn umah akak ni, abg sani ckp ada 1 kedai tu jual sate. harga secucuk RM1.70..hah, amik. haha. Putu perak tu kat bawah blok akak ni ada org jual. Ada lah try haritu. erm..boleh lah rasa dia.
ReplyDeletekan.. Harga makan pasai apa murah betul dekat perak.. padahal macam bandar juga lah kawasan tu.. putu perak kalau dah sejuk keras memang boleh sedih rasanya..hahaha
ReplyDelete