Skip to main content
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Kena Scam ????

Selalu kita baca di facebook kena scam antara nya melalui perbualan telefon dengan bagi no akhir kad kepada pemanggil, bercinta dengan warga asing kemudian bagi alasan duit sangkut dekat kastam dan kena bayar baru boleh duit tu lepas, duit tiba-tiba dalam akaun ada buat pembelian, dapat TAC walaupon kita tak ada membuat pembelian & lain-lain..

Semasa dalam PKP K.Ika baca dekat facebook banyak yang kena dengan akaun CIMB.. K.Ika dah bgitau suami jangan simpan duit banyak dalam tu biarkan sahaja hanya duit bill dalam tu.. Suami tak nak percaya & risau letak dalam akaun K.Ika nanti K.Ika boros belanja bei online pakai duit dalam akaun tu.. K.Ika tak adalah bengong nak berbelanja bukan-bukan sebab duit tu adalah bayar duit yuran dia belajar & juga simpanan.. K.Ika bukan ada kerja tetap nak ganti balik duit kalau pakai kan.. 

Dannnnnn.... Akhirnyaaa.... Peristiwa nie terjadi dekat K.Ika semalam.. Kawan suami ada datang rumah dalam pukul 3 jadi memang tak tengok lah telefon K.Ika tu.. Lepas kawan suami balik K.Ika tengok hp dapat msg ada transaksi keluar dibuat sebanyak 2 kali pada pukul 3.. K.Ika bila baca msg tu tergetar-getar tangan tau.. Tunjuk dekat suami duit dalam akaun bank baki terkini ada tolak tapi di rekod di CIMB CLIKS tak ada detail tapi K.Ika dapat msg yang mengatakan ada transaksi dijalankan..

Suami kena telefon sendiri sebab akaun tu atas nama suami.. Orang lain tak boleh telefon walaupon kita isteri tau semua rekod suami.. Suami tanya macam mana & jawapan yang diberikan agak mengecewakan.. Kita pulak yang kena tanggung kerugiaan walaupon kita tak buat.. Lepastu tukar kad lain kena cas lagi.. Amboi bukan main lagi ye korang cas customer macam nie.. Kad tu pon suami terus block semalam... Akaun CIMB nie K.Ika tak pakai buat pembelian mana-mana di kedai.. Hanya guna untuk kegunaan bayar bill dan  jika betul-betul duit dekat akaun lagi 1 tak ada duit baru ambil duit dalam akaun CIMB..


Ambil masa siasat dalam masa 8 - 12 minggu.. Dah apa lama betul nak siasat.. K.Ika nak bgitau dekat korang jangan simpan duit dalam CIMB.. Memang tak selamat langsung dia punya security.. Tak tahu sama ada kerja orang dalam atau scammer.. Tapi K.Ika tak pernah buka mana-mana link dari msg mahupon email.. Email kadang tak baca K.Ika terus buang je sebab tak penting mana pon nak baca.. Tak tahu lah macam mana duit tu boleh keluar macam tu.. 

Dah dalam bank pon tak selamat nak simpan duit kita nak simpan duit dalam mana?? Kena sorok bawah bantal atau dalam tong susu ke?? 😏  Kalau tak K.Ika nak hidupkan balik akaun CIMB K.Ika yang lama untuk buat akaun bisnes dalam tu.. Dah kes jadi macam nie terbatal terus hasrat K.Ika.. Kita buat je lah rekod sendiri duit keluar & masuk untuk mengelakkan terpakai duit simpanan..

Suami masuk kerja nanti buat report polis & pergi CIMB untuk buat kad lain untuk transfer kesemua duit yang ada ke akaun lain.. Geram tau kita kumpul duit susah senang-senang je depa nie shopping beli pakai akaun kita.. Tahan lah hati untuk membeli barang sebab nak utamakan mana yang penting dahulu.. Kami pon tak beli baju baru PENCURI nie dah beli baju dengan barang dapur.. Rumah K.IKa peti kosong tak ada lauk depa sedap je rembat duit kita 😤

GAMBAR


Wah sakan ye makhluk korang shopping pakai akaun kami.. Katakan NO kepada CIMB.. Simpanlah dekat dalam akaun bank yang tidak ada rekod kes duit hilang banyak.. CIMB terlampu banyak rekod duit hilang.. Sakit hati pulak kita nie...


Comments

Popular posts from this blog

Himalaya Speman

Ini adalah produk en suami makan..harap ada lah hasil yg baik nnti..K.Ika nk cba makan himalaya shatavari tak ade pulak stok dekat kedai cni..huhu..nak beli online tak percaya pulak..mungkin belum rezeki K.Ika untuk mendapat zuriat secara natural..si isteri kena jumpa doktor tidak lama lagi..huhu..harap semua akan berjalan dengan lancar..inilah kebaikan speman untuk laki..cba fikir positif..ini adalah makanan herba dari india.. Untuk ketahui lebih lanjut boleh google..ada yang serasi dengan ubat ini akan tunjukkan hasil yang positif.. TIDAK SEMUA ORANG SESUAI DENGAN PRODUK NIE ..kita hanya manusia biasa hanya berusaha sahaja..ubat ini ada dalam bentuk kapsul dan berwarna pink..1 bekas ada terdapat dalam 100 biji kapsul..tergoda K.Ika bila tengok ubat nie..hihi..harga termasuk gst rm56.20..boleh dicari di farmasi yang terpilih atau di lazada ye.. APA FUNGSI YANG TERDAPAT DALAM HIMALAYA SPEMAN? Meningkatkan spermatogenesis Bahan-bahan semulajadi dalam Speman menggalakkan spe

Kurma Dhuha By Homemade Bonda Rozita

PENGENALAN Ubatan herba merupakan terapi tertua dalam sejarah perubatan bermula dengan penemuaannya di Mesir , India dan China yang telah berusia puluhan ribu tahun ( melalui peradaban kuno ).Herba yang terbaik sudah tentulah herba yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W seperti Jintan Rom & Madu Asli ,bahkan merawat dengan herba bukan lagi sesuatu yang baru. Rawatan tradisional telah lama muncul sejak zaman Nabi Adam a.s, Baginda yang pertama memperkenalkan ilimu perbidanan dengan herba dan diamalkan oleh isteri baginda semasa berpantang.Siti Hawa mengamalkan herba makan Jintan Rom untuk mengembalikan tenaga,melancarkandarah,memperbanyakkan susu dan mengimbangi hormon.Selain itu,Siti Hawa juga mengamalkan pengambilan air rebusan herba terdiri daripada campuran daun inai,jintan rom dan Kemenyan Arab bagi mencuci darah supaya tidak berbau dan melancarkan ketulan darah nifas. Hari ini,uabtan herba terus menguasai pasaran dunia sebanyak 20% semenjak 2012 dan terus meningk

Madu Ajaib Turkey By Wawa

Sapa yang ada masalah dengan K.Ika ✋.. K.Ika mengalami masalah masih belum lagi hamil sehingga perkahwinan masuk ke 6 tahun.. Ada juga yang lama lagi K.Ika masih belum dikurniakan zuriat lagi.. Ada yang amalkan nie hanya paling cepat 1 botol sudah melekat.. Ada yang 4 botol baru melekat.. Kesan kepada badan masing-masing adalah berlainan yer.. Macam K.Ika makan apa sahaja tak ada menunjukkan tanda-tanda positif.. Ada K.Ika baca bila kita dah makan macam-macam tidak beri kesan kepada badan kita kemungkinan dalam badan kita ada toksin jahat yang makan khasiat yang kita amalkan.. K.Ika juga mengalami masalah membuang air besar.. Paling lama seminggu tidak membuang ye.. Dah berapa banyak toksin yang terkumpul dalam badan K.Ika..huhu.. Kali nie K.Ika tewas teringin untuk mencuba ikhtiar dengan Madu Ajaib oleh wawa zainal & aeril.. Sapa yang tak kenal pasangan yang memang fanatik dengan lagu-lagu hindustan.. Video mereka kebanyakan banyak lagu hindustan.. Madu nie dikilangkan di lua

Maboro Steak Restaurant Nilai

Ok dekat sni aku nak cerita pasai mkanan westren yang x berapa baru lah sangat aku cuba dekat cni...mula2 aku x tau ada kedai nie bukak aku tau pon sebb kawan en suami ajak lepak dekat cni..nmpak sangat lama x membeli barang dekat psaraya besar nie kan..nak cari kedai nie senang je x susah mana..kedai nie terletak di bandar baru nilai (berdekatan dengan tesco) dan juga bertentangan dengan dataran nilai..kedai dia terletak dihujung..jadi memang senang nak nampak lah..kawasan kedai tu memang besar sangat n luas.. Lagi 1 kedai nie 1 kawasan dengan satay willy yang popular tu..jadi sapa yang pernh p makan satay willy dia tau lah lokasi kedai malboro steak nie..masa aku p cni kedai dia memang ramai org n servis dia agak kelam kabut sedikit..maybe sebb baru lagi perkerja dia n tidak berapa fasih lagi bhasa melayu..harga makanan pada aku masih berpatutan dan harga mampu lah bila nak bayar mkanan tu..aku mintak maaf lah lpa nak snap gambar makanan dekat citu..nnti bila2 aku p cna lagi aku

Rawatan Kesuburan (5) #HuCoG 5000 ( Pecahkan Telur )

 Alhamdulillah ovum K.Ika memberi kesan yang positif.. Ada 2 ovum yang membesar dari makan ubat yang diberikan oleh doktor.. K.Ika makan clomid 50mg.. K.Ika pergi scan pada CD12..Bulan lepas masa cycle tak jadi tu K.Ika terus ambil ubat yang doktor bagi.. Doktor sarankan K.Ika ambil 50 mg dahulu.. Kalau tak berjaya maybe doktor akan naikkan lagi dos di masa akan datang..  Saiz yang K.Ika dapat dalam 26 & 18.. Untuk cucuk ubat nie kena saiz telur 18 ke atas.. Kalau terlebih besar sangat tak helokk juga.. Memandangkan K.Ika ada saiz yang doktor nak jadi terus cucuk lah pada hari yang sama.. Hari yang K.Ika pergi adalah hari khamis jadi takut esok hilang macam cycle bulan lepas terus cucuk lah siap-siap hanya tunggu hasil je lah nanti..hihi.. K.Ika terlupa nak tangkap gambar ubat tu.. Masa tu tengah fikir nak cepat sebab suami lama tunggu dekat dalam kereta..  Resit ada tapi bila K.Ika google tak ada pulak keluar nama tu.. Keluar model barang komputer 😅.. K.Ika ingatkan harga nya mah