DPIUI 13,14,15 K.Ika buat upt test negative 😢.. Tipulah tak mengharap IUI kali ke 2 nie.. Nak buat macam mana masih belum rezeki kami lagi kali nie.. Kita hanya boleh merancang dan berusaha ALLAH yang menentukan segalanya.. Bila K.Ika test negative mood agak tak betul.. Asyik nak bergaduh je dengan suami.. Mungkin ada perasaan sedih tu.. Kita dah usaha tak berhasil takkan nak marah takdir pulak kan..
Jadi next temu janji K.Ika akan stop dulu untuk next proses.. Nak kumpul duit dulu kalau ada buat IUI kali ke 3.. Risau doktor naikkan dos ubat naya je K.Ika.. Ubat cucuk paling mahal ye walaupon RM 66 1 tapi kalau dah banyak beratus juga harga ubat tu.. Kewangan pon tak stabil lagi untuk teruskan sebab dah habis guna wang simpanan uruskan hal roadtax kereta,yuran belajar benda nie sahaja nak dekat 5k habis tau..
Jadi kita tunggu je lah period turun.. K.Ika pon dah stop makan ubat progynova sebab kalau diteruskan makan nanti period akan lagi lambat nak turun dan akan buat cycle haritu panjang.. Dalam masa 4 bulan dapatlah kumpul duit cukup untuk IUI.. Lagipon bulan puasa klinik tak buat IUI.. Nak buat bulan 3 boleh sempat lagi sebelum puasa tapi malas nak terkejar kita tangguh je lah.. IUI nie proses dia lebih kurang macam kita bersama dengan suami je cuma dia dekatkan lagi sperm tu berenang dekat ovum kita..
Terasa nak buat ovarian drill pon ada 😅 tapi bila melibatkan operation nie kena rehat yang lama.. sama juga macam IVf.. Ada duit pon K.Ika akan hold sampai K.Ika tak mengasuh dah.. Takkan mengasuh nak cuti lama-lama pulak kan rasa tak sedap pulak nak ambil cuti lama-lama.. Jadi perancangan nya kita tangguh dan mula balik bulan 6 @ 7..
Kita cuba je lah secara natural beberapa bulan nie.. Setiap orang lain cabaran dalam ttc nie.. Kita usaha selagi boleh dan hanya fikir positif je lah.. Kalau boleh rajin-rajin lah honeymoon dekat hotel minggu subur tu..hihi.. Untuk hilangkan stress kerja orang kata.. Mana lah tahu rezeki bulan madu melekat..
Comments
Post a Comment