Sapa peminat masakan mamak mesti tau apa tu ayam bawang.. Suami & K.Ika peminat masakan mamak nie.. Tak boleh lawan dengan masakan mamak ipoh & penang.. Tempat K.Ika tinggal sekarang tak sedap semua kedai mamaknya 😅.. Sambil taip nie tertelan air liur teringat nasi vanggey 😂.. Dekat selangor ada cawangan nasi vanggey tapi tulah.. Jauh bebenor nak rawang tu..hahaha.. Dengan hadap jem lagi tak apalah kita sabar sampai balik ipoh..hahaha..
Dah jemu tak tahu nak masakan apa saja lah cari dekat google masakan ayam bawang nie.. Sebelum masak kena tengok dulu bahan nya senang nak cari atau tak.. K.Ika follow dari youtube che nom.. Ada masakan yang kena dengan tekak K.Ika ada masakan tak sesuai dengan tekak K.Ika..hihi..
Ada 2 bahan K.Ika tak masukkan sebab tak ada dekat rumah.. K.Ika guna bahan apa yang ada dekat rumah sahaja.. Nie adalah cara masak & bahan yang K.Ika guna..
Bahan Tumis
Bawang besar *blend
Bawang putih *blend
Halia *blend
4 sekawan
Daun Pandan
Daun Kari
Cara Masak :
1. Tumiskan bahan2 yang telah diblend bersama bahan yang lain sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar & serbuk kari sedikit dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram,gula dan garam. Masak sehingga semua sebati dan masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu..
4. Masukkan bawang goreng dia atas ayam tersebut. Bawang goreng terpulang sama ada nak masukkan yang dah siap beli atau masak sendiri.
Comments
Post a Comment