K.Ika tak pernah lagi sampai ke sini..hahaha.. Duduk dekat pon tak pernah lagi.. Zaman bercinta tak berjalan tempat-tempat macam nie.. Zaman bercinta selalu pergi lepak pantai camping 😅.. Kebetulan hari tu nak hantar adik ke KTM Batu Gajah dan K.Ika nak balik ke Ipoh jadi hantar lah adik ke sini.. K.Ika silap dengar adik cakap waktu train dia.. Ingat kan Silverlakes Village Outles ala-ala macam JPO @ MITSUI dah buka boleh lah lepak dekat situ sementara nak tunggu train adik sampai.. Eh rupanya tak rasmi lagi 😂..
Dah alang-alang tu K.Ika terfikir pulak Kellie's Castle nie.. Harga tiket murah je tak ada lah mahal mana.. K.Ika pergi hari biasa.. Harga tiket RM5 je.. Dengan kebetulan haritu cuaca panas terik..hahah.. Dah ada adik kan kita jadikan lah tolong tangkapkan gambar kakak dia nie..haha.. Dengan panas terik lah posing-posing.. Nasib baik suami pon melayan juga..
Dekat sini ada juga kejadian paranormal.. Sapa yang gatai-gatai bajet cakap besar nasib lah kalau muncul dalam gambar korang.. Dekat kawasan belakang dia luas dan K.Ika ada rasa seram sejuk juga lah tengok belakang tu luas kan.. Tapi tak ada yang pelik lah yang berlaku dekat K.Ika..hihi..
Sejarah pendek kellie's castle nie adalah pemilik seorang ladang getah yang terkemuka iaitu william kellie smith dan bangunan itu merupakan inspirasi dari negara india. Mempunyai 2 orang anak iaitu perempuan dan lelaki. Terdapat 14 bilik dan 1 bilik bawah tanah serta terowong rahsia yang dikatakan dilengkapi dengan lift. Itulah cerita sejarah serba sedikit tentang bangunan kellie's castle nie..
Ni lah bangunan kellie's castle berkonsep kan ala-ala dari negara india
Comments
Post a Comment