Suami ajak pergi Mr Diy nak cari barang untuk kereta nya tak ingat apa benda tapi barang tu tak ada jadi suami beli barang lain sebab dia ronda-ronda dekat dalam tu.. Setiap apa dia beli K.Ika akan tanya ada fungsi semua barang tu..Haha.. Elakkan pembaziran..Nanti beli tak pakai buat semak je barang dekat stor tu..
Suami tanya K.Ika nak beli apa-apa tak? K.Ika jawab barang K.Ika dekat bahagian atas.. Sebab suami tak boleh berdiri lama sangat K.Ika malas nak nak ajak naik atas.. Suami kata ok kita laju je naik atas..hahaha... K.Ika beli tuala untuk lap tangan.. Dekat rumah ada 1 je dan jika lama tak basuh akan lebam nampak tak cantik lah kan..
Harga murah je dalam RM 1.79 1 helai.. K.Ika ambil 5 helai suami kata banyaknya.. K.Ika bgitau tukar selalu jadi tak ada tuala nampak lebam.. Orang datang rumah nak lap tangan pon nampak lawa tuala tu kan..hihi.. K.Ika beli juga kain untuk lap dapur.. Bila dah masak kan selalu ada percikan minyak tu jadi tak cantik lah dapur.. K.Ika last beli kain lap dapur 3 tahun lepas kot dah lupa.. Kain tu pon dah koyak..hahha..
Kalau lama lagi dekat situ banyak lagi K.Ika nak beli barang rumah..hahaha.. Walaupon K.Ika ni tak berapa tak pandai masak bermacam-macam menu tapi K.Ika suka beli barang dapur bagi lengkap jadi kalau SIL datang rumah masak barang tu ada..hihi.. Barang dapur setakat nie boleh lah ada penambahan dari pinggan makan dan kuali..
KAIN LAP TANGAN
betul. setuju. kain lap pun nak lawo2 gak. hehe..
ReplyDeleteDah sampai rumah jadi sayang pulak nak buat kain lap minyak.. Buat kain lap periuk nasi je 😅
Delete