Mesti ramai yang dah pergi dekat sini kan.. K.Ika baru je pergi masa bulan 9 haritu dengan kawan suami.. Sheep dekat sini gemuk-gemuk dan terlebih ramah.. Sapa yang takut kena terjah tak payah lah jerit-jerit dekat situ.. Dia kejar korang sebab sheep tu dah biasa diajar orang ramai kita hulur makan.. Dia pon tau bila masa orang ramai tentulah ada makanan dekat tangan kita.. Korang buat tak layan dia akan pergi dari korang..
Harga tiket sebelum nie masuk adalah PERCUMA dan makanan dikenakan cas RM 3.. Sekarang punya harga adalah RM 8 ( DEWASA ) , Kanak-kanak ( RM 5 ) tak salah K.Ika.. Harga tiket termasuk dengan makan sekali.. Dapat 1 pack seorang.. Pada K.Ika berbaloi lah bawak anak-anak kan.. Tahun depan tak ada apa K.Ika cadang nak bawak anak asuh K.Ika.. Tapi dia takut binatang berbulu nie 😂.. Ada juga arnab dekat sini.. Arnab duduk dekat dalam sangkar sahaja..
Masa K.Ika pergi ada sheep buat kelakar dia sangkut muka dekat tali sebab orang main-main bagi dekat dia makanan..hahah.. Pengalaman pertama kali K.Ika bagi sheep nie makan takut juga sebab risau kena lidah dia kan.. Bila bagi tak ada rasa pon lidah sheep tu dekat tangan kita.. Bila korang pegang sheep tu panas je dekat bahagian dalam.. Korang jangan risau sheep tu faham bila makanan dah habis dekat kita dia akan pergi mencari orang yang ada makanan 😅..
Nak pergi sheep nie berdekatan dengan pasar kea farm dan berdekatan dengan hotel.. Masa K.Ika pergi ramai juga lah tapi biasa lah wanita-wanita yang gedikkkksss nak masuk lepastu terjerit-jerit takut buat roadblock jadi sesak pulak dekat pintu masuk 😒.. Tempat dia tak berapa besar sangat.. K.Ika pergi dengan kawan suami ada anak kecil memang best lah bawak pergi ke tempat macam tu..
Tak ada tempat nak bawak anak-anak korang boleh lah pergi ke sini.. Boleh juga tangkap gambar dengan sheep di kandang.. Sheep tu dah lah gemuk dia baring je dekat situ tak bangun..Nampak betul malas sangat..hihi..
GAMBAR
Gambar sumber dari google.. K.Ika tak sempat nak tangkap gambar sebab cuaca pon tak berapa elok masa nie..
Yang nie dok dekat kandang.. Memang dia tak bergerak.. Nak tangkap gambar boleh lah.. Yang lain kejar orang asyik nak makan..hahaha
Comments
Post a Comment