Lama baru nak taip entry kali nie..huhu.. Ambil masa sebab mood agak down sedikit.. Percubaan makan clomid cycle yang pertama 50 mg tidak berjaya.. Tipu lah kalau K.Ika rasa tak sedih kan bila Miss P datang.. Sebab K.Ika berharap sangat berjaya dengan clomid nie.. Umur K.Ika makin meningkat.. Lagipon K.Ika sekarang banyak masa terluang tu yang terasa sunyi sikit lah rumah nie.. K.Ika pon dah tak mengasuh..
Kebetulan datang Miss P hari jumaat jadi K.Ika teruslah call klinik yang tak jadi clomid yang pertama nie.. K.Ika ingatkan dapatlah jumpa doktor bulan nie tapi dah full maka kita jumpa lah doktor bulan depannya.. Kita tunggu je lah apa kata doktor.. Kalau boleh K.Ika akan cuba clomid dulu sebanyak yang boleh bukan tak nak buat IUI suami belum bersedia ke arah tu..
Lagipon suami akan operation bulan 12 jadi K.Ika akan rehat lama juga lah sampai suami K.Ika boleh drive..K.Ika tak boleh drive kereta tapi motor K.Ika ada lesen.. Suami bagi lampu hijau pergi hospital sendiri naik motor K.Ika ok je..hihi.. Jalan pon senang tak perlu nak tengok handphone.. Untuk bagi happy kan diri K.Ika akan berbelanja benda yang akan happy kan diri sendiri tapi dalam masa tu ada juga selit-selit vitamin apa yang ok untuk K.Ika amalkan..hihi..
Tak apalah kita cuba lagi untuk cycle yang akan datang.. Sekurangnya K.Ika tahu yang telur / ovum K.Ika ada kesan dengan ambil clomid nie.. Cuba kawal makan dengan lebih baik lagi.. Minuman sahaja yang K.Ika berjaya kawal 😅.. Lemah bila melibatkan makanan dan juga kek serta kuih.. Banyak melibatkan gula makanan yang K.Ika suka..hihi..
Positif kan diri kita cuba lagi untuk next cycle.. Jangan mudah putus asa selagi ada rahim 💪..
Comments
Post a Comment