Berita yang dinantikan telah tiba.. Akhirnya dah boleh walk in untuk reniew pasport.. horeyyyy!!! Nak buat melalui sistem macam leceh pulak.. Banyak benda nak kena buat.. Memandangkan K.Ika dah ada dekat kedah BIL & MIL ajak pergi ke hatyai.. K.Ika dan suami memang tak reniew pasport lagi sebab modal tak berapa nak ada.. Dah banyak habis duit untuk sewa homestay dan juga untuk konvo suami.. Duit simpanan pon makin surut dah.. Duit simpanan tak mau lah pakai sampai habis nak kumpulnya pon bukan senang ye.. Dah simpan sikit kena korek balik 😅 bila nak banyak duit dalam tu..hahaha..
Kebetulan MIL ada bagi sikit hadiah untuk suami jadi kami ambil keputusan untuk gunakan sebagai modal untuk reniew pasport jadi tak perlu pinjam duit dekat BIL.. Sama juga kan tetap duit tetap keluar juga nanti.. K.Ika dan suami reniew pasport dekat pejabat KDN di jitra.. K.Ika memang tak bawak pasport yang lama jadi risau juga tak boleh nak reniew sebab pasport lama tak bawak.. Kalau pasport dah mati boleh je reniew tak bawak yang lama tapi pastikan betul-betul dah mati pasport yang lama tu..
Sebelum pergi ke pejabat KDN nie SIL telefon pejabat imigresen dulu sama ada boleh reniew pasport tanpa bawa pasport lama.. Bila imigresen kata boleh selepas suami ambil jubah konvo terus pergi ke sana.. Dekat sini waktu rehat pon buka juga kaunter.. Waktu terakhir boleh masuk dalam imigresen sebelum pukul 4.15 petang.
Tapi ada risiko ye bila tak bawak pasport yang lama.. Mereka letak dalam sistem pasport lama tu hilang dan JIKA pasport yang baru nie hilang sebelum tarikh luput mereka akan denda kita DOUBLE ye.. Jadi jaga lah pasport korang elok-elok.. Ada bawak posport lama sekali tak adalah kena cas DOUBLE.. Servis dekat sini memang baik dan staff pon ramah je.. Kita cakap elok depa pon elok je cakap dengan kita..
Tangkap gambar pon kaunter tu tunjuk dulu dekat K.Ika tengok sama ada ok atau tak gambarnya.. K.Ika tengok macam tu je malas nak belek betul gambar tu.. Malu nak posing depan kamera lama-lama tambah laki yang ambilkan..haha.. Harga macam biasa lah RM 200 untuk 5 tahun.. K.Ika lupa tak boleh bayar pakai cash nasib baik dalam akaun ada duit..haha..
Pasport dah hidup tahun depan nak kemana pulak kita..hihi.. Sementara ALLAH belum bagi rezeki anak kita jalan puas-puas dulu.. Kita enjoy je dan jalan-jalan cari makan dulu.. Ada anak kena simpan lagi banyak duit lah.. Harga tiket budak naik kapal terbang pon dikira dewasa juga 😂.. Ada rezeki lebih jauh sikit perjalanannya..
Comments
Post a Comment