Setelah 2 tahun tamat belajar akhirnya sampai juga tarikh suami konvo.. Tahun lepas punya giliran konvo suami tak sempat nak isi borang jadi dapat lah tahun nie punya giliran konvo.. Suami sambung belajar PJJ di UUMKL ambil ijazah selama 5 tahun ye.. Pejam celik kejap je masa berlalu.. Nak menempuh tu pon macam-macam dugaan dan cabaran kena lalui.. Dengan suami kemalangan kalau boleh tak nak tangguhkan nanti lagi lambat nak habis..
Pensyarah dan rakan kelas pon baik dan suami dapat lalui dengan baik.. Suami ambil ijazah untuk kenaikan pangkat di tempat kerja dan sambil tu mohon juga jawatan yang sesuai dengan ijazah yang suami ambil.. Mana lah tahu dapat rezeki kerja dekat bahagian lain pulak.. Kita cuba je lah kan.. Mana tahu suami dapat suasana kerja yang baik bukan mencari pasangan yang lain pulak..hahah... ( ada kes juga dapat kerja tempat lain akhirnya sangkut disitu 😏 )..
Suami konvo di UUM SINTOK, KEDAH.. Jauh gila nak pergi tempat konvo suami.. Memandangkan kami pergi sama dengan BIL jadi kami gerak pada hari selasa kerana SIL tak dapat cuti pada hari isnin.. Suami dah mohon cuti pada hari isnin tu.. Perjalanan kami dari KL singgah IPOH ambil MIL lepastu keluar JAWI anak buah nak jumpa.. Anak buah dia tak boleh nak datang awal sebab dia ada peperiksaan di sekolahnya.. Selepas rehat dan makan kami teruskan perjalanan ke KODIANG.. K.Ika cari juga homestay berdekatan di CHANGLUN tapi kebanyakan sudah penuh.. Maklum dah minggu konvo dan ramai yang berpusu-pusu booking homestay.. Jarak dari KODIANG ke SINTOK dalam 30 minit perjalanan..
Perjalanan K.Ika dari KL-KODIANG ambil masa 10 jam perjalanan.. Sakit-sakit badan tu usah cakap lah.. Nak luruskan kaki pon tak boleh tau.. Homestay yang K.Ika sewa tu tak jauh pon dengan pekan kecilnya.. Dalam 10 minit macam tu dah sampai pekan kecil.. Dekat pekan kecil nie ada station minyak dan juga bank maybank.. Boleh masuk ke dewan hanya 1 orang ahli keluarga sahaja.. Jadi ahli keluarga suami yang lain tunggu di rumah dahulu bila dah habis baru mereka datang untuk tangkap gambar bersama..
Comments
Post a Comment