Dah jalan seharian jom lah kita isi perut pulak.. Nak ke samila beach nie driver bawak naik ferry untuk ke samila beach.. Naik ferry nie dikenakan bayaran 20thb.. Banyak juga kenderaan yang naik ikut ferry untuk ke samila beach.. Jadi masa beratur tu agak lama juga lah..Masa dah naik nie K.Ika tunggu juga bila driver nie nak mintak 20thb untuk bayar duit ferry nie.. Dah sampai pon dia tak mintak duit.. Agak nya dia belanja kot untuk harga naik ferry tu 😂..
Sambil menunggu naik ferry dapat lah tangkap gambar tepi laut nie..
Nak sampai keseberang tak lama pon sekejap sahaja.. Yang buat lama tu beratur untuk naik ferry sahaja..hihi.. Dekat samila beach nie pon ada juga cafe amazon tapi tak berapa cantik lah macam dekat songkhla punya tu..hihi..
Kedai makan nie driver yang bawakkan.. Menu pilihan kami semua seafood ada iaitu ikan,ketam,sotong... Harga untuk semua seafood dalam 2500thb.. Korang pilih nak masak apa dengan seafood tu.. Pencuci mulut tembikai mereka bagi.. Ada banyak je pilihan kedai makan dekat sini.. Nasi dan air boleh tambah free.. Dekat kawasan sini banyak monyet jadi kalau boleh ditangan jangan lah pegang apa-apa.. Risau kena ragut je dengan monyet tu..hihi..
Masakan yang kami makan dekat sini semua sedap.. Ikan pon segar dan berbaloi lah dengan harga yang dibayar.. Pekerja dekat sini boleh bahasa melayu.. Tak ada gambar makanan sebab semua dah kelaparan.. Letak lauk semua habis..hahaha.. Servis ok lah laju juga walaupon orang ramai dekat sini.. Nak solat dekat sini ada juga surau disediakan.. Memandangkan masa sampai sini panas terik kami tak turun bergambar di samila beach.. K.Ika pernah tangkap gambar dekat patung duyung tu masa ride motor ke hatyai masa 2017..
Pergi pantai nie seeloknya pukul 5 ke atas ok lah.. Masa K.Ika sampai pon dalam 3 panas terik ye.. Anak buah cakap nak naik kuda kami tak bagi sebab haba pantai tu panas bahaya boleh bawak kanser kulit.. Kami nie kejar masa sebab esok tak ada aktiviti nak kena balik awal ke KL terus.. Boleh baca dekat sini K.Ika ride masa 2017 < Samila Beach >.. Gambar dekat situ cantik sebab BIL yang tolong tangkapkan..hihi..
Dekat sini driver tunjuk pejabat agama songhkla yang orang selalu kawin dekat thailand.. Besar tau pejabat agama dekat sini.. Jaga-jaga siapa selalu masuk thailand tu..hihi.. Suami pasport K.Ika jaga..hahaha.. Sudah kenyang perut kita pergi ke destinasi yang seterusnya pulak....
Comments
Post a Comment