Sapa tau apa tu.. Ha nie lah salah satu suplemen lelaki yang boleh korang amalkan.. Yang mampu milik.. Selain amalkan >> HIMALAYA SPEMAN <<.. Harga 2 suplemen nie mampu milik dan tak mahal.. Nanti K.Ika kongsi 1 lagi suplemen yang memang bagus untuk lelaki.. Harga dia MAHAL sikit.. Surbex Zinc ada 2 jenis 1 biasa & 1 lagi ada COQ10.. COQ 10 nie mahal sikit dari yang biasa.. Kalau sperm suami korang dah buat ujian doktor kata ok nak makan nie pon tak ada salahnya.. Bagi banyak sperm suami lagi bagus.. Mana tau ada yang sperm turbo lagi berenang kan..
Sambil makan suplemen nie kalau boleh kurang-kurangkan lah hisap rokok atau vape.. Kalau suami korang jenis telan semua sayur dan buah hisap je lah rokok tu.. Kalau suami jenis makan sayur dan buah pon susah berkorban lah sikit untuk isteri tu.. Isteri pon kena juga pantang makan suami pon sokong lah isteri sekali.. Senang cerita lebih elok berhenti merokok lagi bagus.. Ada anak pon nanti tak boleh hisap rokok dekat anak dan kena basuh tangan bersih baru boleh pegang anak..
Jangan malu-malu nak amalkan suplemen buat suami diluar sana.. Bukan banyak pon suami kena makan.. Hanya 1 jenis nie sahaja.. Isteri lain lah macam-macam nak kena makan bagi menghasilkan telur yang matang dan sihat.. Jika ttc lebih setahun belum berjaya bukan isteri je yang kena ambil perhatian ye.. Kedua2 kena mainkan peranan.. Yang penting kalau boleh jangan STRESS.. STRESS boleh membantutkan pembesaran telur/ovum isteri dan juga pecah sebelum saiz matang.. Di bawah nie adalah salah satu fungsi yang ada di dalam suplemen nie :
KEBAIKAN ZINC COQ 10
* Membantu memekatkan air mani
* Menyihatkan lagi sperm
* Mengurangkan kecacatan sperm
Nampak macam sikit nya kan.. Tapi ini lah fungsi utama untuk mendapatkan sperm yang sihat.. Ada je banyak khasiat lain tapi K.Ika lebih tumpukan kepada sperm.. Sperm yang sihat laju lah berenang untuk berjumpa dengan ovum..
Gambar sumber dari google.. Yang nie mahal sikit dari surbex yang tak ada COQ10..
Comments
Post a Comment