Pejam celik tanpa sedar dah 1 tahun K.Ika buat rawatan dekat hospital.. Pergi hospital berapa kali je.. Main dengan jarum pon ermm seram rasanya.. Nurse semua dekat situ ok baik.. Doktor pon ok lah pada K.Ika.. Belum lagi K.Ika jumpa doktor yang main cakap lepas macam ada setengah yang pengalaman doktor main cakap lepas.. Memandangkan asyik PKP & kes makin tinggi K.Ika 'hold' dulu untuk rawatan dekat hospital.. Lagipon suami kerja tak menentu..
Bulan 8 baru K.Ika sambung balik sebab suami ada rawatan jadi K.Ika pergi hospital rawatan yang sama dengan suami senang sekali jalan.. Kalau tak nak buat bulan 7 nie tapi suami dah kena kerja shift jadi malas nak terkejar-kejar2.. Dah habis baru kita buat rawatan.. Sempat lagi lah ambil mood untuk bermain dengan jarum nie..hihi.. Sepanjang K.Ika TTC nie apa benda tak cuba kebanyakan banyak lah K.Ika cuba..hahaha.. Sekarang malas nak makan apa-apa dah.. Kita makan ubat hospital je dah tentu bila buat tvs boleh nampak perkembangan telur bila makan ubat kan..
Suami K.Ika pon habis belajar tahun nie jadi kurang lah sikit stress..hihi.. Stress tempat kerja memang sentiasa ada memang tak boleh nak dielakkan..hahaha.. Kita cuba je lah ikhtiar mana yang boleh kan.. Dah sampai rezeki adalah tu ALLAH bagi.. Target nie hanya 3 kali IUI sahaja kot.. Ada lagi 2 kali IUI.. Semua terpulang pada suami.. Buat IUI @ IVF kena berbincang ye dengan suami masing-masing jangan memandai buat keputusan sendiri sebab suami kena keluarkan sperm mereka tau 🙈
Good luck buat semua TTC yang masih berusaha.. Jangan malu untuk berjumpa doktor ok.. Sekurang nya kita tau apa masalah dan penyelesaiannya yang boleh kita cari.. Bila dah cuba semua tak jadi semua kuasa dari ALLAH S.W.T.. Yang penting jangan putus asa,elakkan stress,kawal pemakanan & minuman serta selalu lah 'me time' dengan urut badan 😊
Comments
Post a Comment