Ini lah suplemen untuk sperma lelaki yang kebanyakkan doktor akan cadang suami makan.. Harga dia agak kayangan dalam RM3++ ke atas ye.. Tertelan air liur bila doktor bagitau harga 😅.. Kena amalkan dalam 3 bulan macam tu.. 1 kotak ada 60 tablet.. Ermm.. Kalau suami gaji 5k ke atas boleh lah nak ambil.. Gaji pon baru lah rasa nak naik sikit.. Itu pon dah cilok bawak masuk ke simpanan untuk bayar yuran belajar suami.. K.Ika bagi suami makan surbex sahaja je lah..hihi..
Kalau suami korang merokok/vape memang doktor akan bagi cadangan yang nie.. Ikut pada kewangan korang lah mana yang mampu.. Bila buat test kita tahu lah suplemen mana yang suami sesuai makan.. Nak mulakan dari yang murah pon ok juga.. Pastiakn suami korang kurang merokok lah.. Sama-sama berkorban kan..
Ini adalah antara suplemen yang terbaik untuk sperma.. Rasa mampu boleh je beli untuk cuba.. K.Ika dah makan macam-macam pon sama juga 😂.. Siapa suami ada masalah sperma atau dalam tahap OK boleh lah ambil mana-mana suplemen yang mampu beli.. Laki makan tak banyak mana pon ubat kecuali sperma banyak mati mungkin doktor akan ada bagi ubat K.Ika pon tak pasti..hihi.. Jangan risau semua ada rawatannya.. Bila kita dah cuba kita kena lah redha dengan kuasa ALLAH.. " DIA " akan bagi bila dah sampai masa nya.. Jangan putus asa dan ikhtiar selagi boleh.. Sementara berdua pergi lah honeymoon dengan suami korang..hihi..
Jangan putus asa kepada TTC yang lain.. Yang penting bila nak mulakan rawatan kena berbincang dengan pasangan sebab bila dah mula rawatan akan kerap ye datang ke hospital kecuali korang buat dekat swasta boleh lah ikut masa korang.. Swasta faham-faham lah memang cepat tapi fuluss banyak kena cas ye.. Untuk tahu harga rawatan yang K.Ika buat dekat hospitak kerajaan boleh klik dekat 'my journey'..
Comments
Post a Comment