Memandangkan suami kemalangan baru-baru nie.. Kak Ika nak nyatakan bahawa pentingnya insurans nie sebab boleh masuk ke hospital swasta & servis cepat.. Memandangkan suami kerja kerajaan jadi suami menggunakan GL.. Suami ada ambil insuran koperasi tapi ermmmm malas nak cerita lah dekat sini.. SODDIIIIIIHHHHHHHHH!!!!!! Macam suami untuk besi masuk ke tulang belakangnya hospital tidak mempunyai barang tersebut jadi kena beli dekat pengeluar.. Boleh claim dengan JPA tapi urusan memang lambat dan ambil masa yang agak lama.. Kebetulan minggu tu kerap cuti iaitu cuti vesak dan nuzul al-quran..
Nasib baik lah SIL suami boleh bantu untuk membayarkan wang dahulu tidak perlu menunggu dari JPA.. Selepas pembedahan baru kami akan hantar borang untuk dihantar kepada JPA untuk claim balik duit untuk bayar dekat SIL kami.. Dah pinjam kenalah bayar balik.. Bukan sikit nak kena bayar balik dekat SIL kami.. Harga barang tu sahaja RM19,500.. Nak kumpul sendiri belum tentu lah suami dah operation.. Mesti masih lagi terlantar dekat katil hospital tu.. Bersyukur sangat urusan suami dipermudahkan..
Sebab tu lah Kak Ika kata pentingnya insuran untuk kita.. Ada insurans urusan dan rawatan dihospital swasta cepat.. Kak Ika memang dah lama cakap dekat suami ambil insuran tapi kewangan tidak kukuh untuk ambil insuran luar.. Yang kerja hanya suami sorang sahaja.. Allah adalah sebaik perancang.. Dia dah tentukan perjalanan hidup seseorang tu.. Ada hikmah disebalik sesuatu kejadian tu..
Kak Ika bukan tak nak kerja suami tidak mengizinkan Kak Ika kerja dan membawa motor.. Kak Ika bawa motor sopan ye paling laju 60 meter dekat motor tu.. Disebabkan pengguna jalan raya sini bawa kenderaan macam berlumba di litar sepang tu lagilah buat suami tak berani nak bagi Kak Ika bawak motor.. Kereta Kak Ika tak ada lesen lagi.hihi..
Tunggu habis duit pinjaman belajar suami Kak Ika akan pujuk suami ambil insurans untuk keluarga pulak.. Tak lama je lagi.. Suami cakap tahun depan bulan 6 dah habis bayar hutang.. Kena cari ajen insuran yang boleh dipercayai dan servis yang cepat.. Sekarang banyak jual insuran dengan janji-janji manis bila nak claim semua tak boleh katanya..huhuh.. Jadi pilih lah ajen insuran yang boleh dipercayai..
Comments
Post a Comment