Apa agaknya barang yang baru dikeluarkan oleh Althea Korea kali nie.. Tak sabar rasanya nak cuba dengan produk dari Althea nie.. Untuk pengetahuan korang Althe nie berpusat di Korea maknanya jika beli melalui laman web mereka barang akan dipos dari sana.. Jangan risau selama K.Ika beli dengan Althea nie peghantaran dalam masa 1 minggu lebih dah sampai barangnya belum pernah lagi sampai barang dalam masa 2 minggu..Jika korang tidak mempunyai kesabaran yang tinggi macam nak sampai dalam masa 2 @ 3 hari tidak digalakkan korang membeli di sini..Mana ada beli barang dari luar negara mereka pos akan sampai dalam masa terdekat..
Ok sebelum melebar panjang ceritanya marilah kita lihat apa yang ada di dalam kotak purple yang K.Ika dapat nie..
TARAAAA!!!!!!! Banyak juga isi dalam nya.. K.Ika dengan kecantikan memang minat gila.. Dapat pulak barang kecantikan memang muka senyum sampai ke telinga lah jawabnya.. Puff comel tu K.Ika berkenan sungguh lah..Tak sabar nak gunakan barang dari Althea nie..
ALTHEA A'BLOOM
Ini lah barang yang ada di dalam kotak yang K.Ika dapat tu.. |
APAKAH BARANG YANG K.IKA DAPAT TU???
1. A'Bloom Mask sheet ada 4 jenis iaitu Water-Me-Long ( Moisturizing) , Ac-Me-Peach ( Anti-Blemish ). Avo-Cuddle-Me ( Nourishing ), Sparkle-Me-Bright ( Brightening ).
2. A'Bloom Giant Meringue Puff dan Baby Meringue Puff.
3. A'Bloom BHA Blackhead Blaster
A'BLOOM MASK SHEET
Mask dia K.Ika dah pakai memang best gila..Sesuai dengan kulit muka K.Ika sebab apa ada setengah mask bila kita pakai akan naik bintik-bintik merah @ jadi gatal-gatal dekat muka..Alhamdulillah kulit muka jenis tidak cerewet.. Pakai je barang mahal atau murah ok sahaja kulit muka 😅..
Mask dia memang juice ada lebih-lebih tu letak dekat muka bila lepas tanggal mask tu sambil urut-urut muka korang..Lepas pakai nie kulit muka jadi lembut..Korang pon tau kan korea memang gila menggunakan mask nie dalam kehidupan harian mereka untuk mengawal kelembutan dimuka.. Benda wajib yang korang kena beli di laman web alhtea..
Untuk beli mask korang boleh klik di link nie ye.. Althea ...
Harap korang enjoy dengan video yang simple nie 😉.. Next entry K.Ika akan cerita pasai barang A'Bloom yang lain pulak..
Lagi 1 K.Ika dah rasmi lupa nak tangkap gambar |
Comments
Post a Comment