Skip to main content
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Selamat Hari Jadi


Kejap je masa berjalan kan.. Dalam tak sedar dah masuk angka 3 series.. Makin berusia harap perangai pon makin matang 🤣.. K.Ika nie perangai macam budak-budak sikit & tak nak peningkan kepala dengan benda yang rumit.. hahahah.. Banyakkan gelak tapi tak boleh gelak selalu nanti akan nangis 😅.. K.Ika nie orang yang selalu gelak & tidak banyak berfikir berbeza dengan suami kuat berfikir tu sebab nampak lagi tua dari K.Ika padahal beza 1 tahun je 😋..

Bila jalan sorang tanpa suami mesti akan ada orang ingat K.Ika tak seperti umur K.Ika.. Untung badan kecik muka nampak muda 😜.. Tapi dah masuk 3 series nie hormon pon agak lari badan makin bambam.. Paling nampak dekat muka boleh nampak pipi naik & double chin.. Lemak dekat perut tak nmpak pakai baju besar..hahahha..

KEJUTAN ISTIMEWA



Pada K.Ika istimewa lah sebab sepanjang tempoh kenal suami nie tak berapa romantik sangat tapi bila sekali buat boleh tersentuh hati & touching sampai nangis tau.. Itu lah suami K.Ika.. Kawan bergaduh dan berperang.. Masih belum dikurniakan zuriat jadi kita berperang je lah dengan suami..hahaha...

Suami balik kerja K.Ika buka pintu tengok suami pegang sejambak coklat.. Mula-mula gelak lah sebab suami K.Ika buat macam tu sebab tak pernah buat.. Dah buka grill 😭 K.Ika.. Terharu sangat suami kita buat macam tu.. Anniversary nanti macam mana lah agaknya kan 😆..

K.Ika tak mintak suami barang mahal-mahal sebab tahu kemampuan suami kita tahap mana.. Suami tahu K.Ika suka emas 😂.. Bukan mata duitan ye.. K.Ika paling suka aksesori tambah emas sebab pakai lama pon tak luntur dan harga emas tak pernah jatuh merundum ye..

Silver pon K.Ika suka pakai tapi silver tak boleh pakai sekali dengan emas nanti emas tu rosak.. K.Ika suka pakai sudah & tak buka.. Tu sebab K.Ika bgitau suami cukup syarat 1 badan tak mintak emas dah tapi kena pastikan padu.. Emas sedang je tak mau besar sebab tak minat.. Badan K.Ika kecik nak pakai besar-besar nampak buruk 😅..

K.Ika masih lagi ada pakai gelang kaki silver dekat kaki nie cuma loceng je dah hilang.. Nak dekat 10 tahun juga lah gelang nie masih bertahan.. K.Ika suka berloceng sebab kalau hilang @ jatuh kita boleh tau..hihi.. Pada K.Ika apa benda pon tak apa tak penting janji masih sayang sampai ke jannah cukup.. Rezeki lebih kira sampingan sahaja untuk berbelanja untuk diri sendiri kan.


Nie kejutan esoknya dari SIL & MIL.. Walaupon mereka di perak SIL order menggunakan grab food..  Sebelum nie K.Ika ada tengok dekat grab food tapi tak cover.. SIL hantar melalui grab tengok ada tapi makanan yang K.Ika tak makan banyak ada.. K.Ika nak tunggu pak gembus punya masuk grab.. Nak pergi beli memang susah sebab cepat habis 😋.. Lagipon suami K.Ika tak makan benda macam nie.. Paling suka makanan mamak & western.. hihi.. Tq kepada semua & akhir sekali K.Ika tunaikan niat umur 30 tahun masih berdua tidak ada baby lagi serah diri kepada doktor sakit puan 🤣.. Next harap jangan jemu baca perjalanan ttc K.Ika.. Harap tahun 2021 dapat bagi suami hadiah konvo baby ☺️.. Amiin...






































 



























































Comments

Popular posts from this blog

Himalaya Speman

Ini adalah produk en suami makan..harap ada lah hasil yg baik nnti..K.Ika nk cba makan himalaya shatavari tak ade pulak stok dekat kedai cni..huhu..nak beli online tak percaya pulak..mungkin belum rezeki K.Ika untuk mendapat zuriat secara natural..si isteri kena jumpa doktor tidak lama lagi..huhu..harap semua akan berjalan dengan lancar..inilah kebaikan speman untuk laki..cba fikir positif..ini adalah makanan herba dari india.. Untuk ketahui lebih lanjut boleh google..ada yang serasi dengan ubat ini akan tunjukkan hasil yang positif.. TIDAK SEMUA ORANG SESUAI DENGAN PRODUK NIE ..kita hanya manusia biasa hanya berusaha sahaja..ubat ini ada dalam bentuk kapsul dan berwarna pink..1 bekas ada terdapat dalam 100 biji kapsul..tergoda K.Ika bila tengok ubat nie..hihi..harga termasuk gst rm56.20..boleh dicari di farmasi yang terpilih atau di lazada ye.. APA FUNGSI YANG TERDAPAT DALAM HIMALAYA SPEMAN? Meningkatkan spermatogenesis Bahan-bahan semulajadi dalam Speman menggalakkan spe

Kurma Dhuha By Homemade Bonda Rozita

PENGENALAN Ubatan herba merupakan terapi tertua dalam sejarah perubatan bermula dengan penemuaannya di Mesir , India dan China yang telah berusia puluhan ribu tahun ( melalui peradaban kuno ).Herba yang terbaik sudah tentulah herba yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W seperti Jintan Rom & Madu Asli ,bahkan merawat dengan herba bukan lagi sesuatu yang baru. Rawatan tradisional telah lama muncul sejak zaman Nabi Adam a.s, Baginda yang pertama memperkenalkan ilimu perbidanan dengan herba dan diamalkan oleh isteri baginda semasa berpantang.Siti Hawa mengamalkan herba makan Jintan Rom untuk mengembalikan tenaga,melancarkandarah,memperbanyakkan susu dan mengimbangi hormon.Selain itu,Siti Hawa juga mengamalkan pengambilan air rebusan herba terdiri daripada campuran daun inai,jintan rom dan Kemenyan Arab bagi mencuci darah supaya tidak berbau dan melancarkan ketulan darah nifas. Hari ini,uabtan herba terus menguasai pasaran dunia sebanyak 20% semenjak 2012 dan terus meningk

Madu Ajaib Turkey By Wawa

Sapa yang ada masalah dengan K.Ika ✋.. K.Ika mengalami masalah masih belum lagi hamil sehingga perkahwinan masuk ke 6 tahun.. Ada juga yang lama lagi K.Ika masih belum dikurniakan zuriat lagi.. Ada yang amalkan nie hanya paling cepat 1 botol sudah melekat.. Ada yang 4 botol baru melekat.. Kesan kepada badan masing-masing adalah berlainan yer.. Macam K.Ika makan apa sahaja tak ada menunjukkan tanda-tanda positif.. Ada K.Ika baca bila kita dah makan macam-macam tidak beri kesan kepada badan kita kemungkinan dalam badan kita ada toksin jahat yang makan khasiat yang kita amalkan.. K.Ika juga mengalami masalah membuang air besar.. Paling lama seminggu tidak membuang ye.. Dah berapa banyak toksin yang terkumpul dalam badan K.Ika..huhu.. Kali nie K.Ika tewas teringin untuk mencuba ikhtiar dengan Madu Ajaib oleh wawa zainal & aeril.. Sapa yang tak kenal pasangan yang memang fanatik dengan lagu-lagu hindustan.. Video mereka kebanyakan banyak lagu hindustan.. Madu nie dikilangkan di lua

Maboro Steak Restaurant Nilai

Ok dekat sni aku nak cerita pasai mkanan westren yang x berapa baru lah sangat aku cuba dekat cni...mula2 aku x tau ada kedai nie bukak aku tau pon sebb kawan en suami ajak lepak dekat cni..nmpak sangat lama x membeli barang dekat psaraya besar nie kan..nak cari kedai nie senang je x susah mana..kedai nie terletak di bandar baru nilai (berdekatan dengan tesco) dan juga bertentangan dengan dataran nilai..kedai dia terletak dihujung..jadi memang senang nak nampak lah..kawasan kedai tu memang besar sangat n luas.. Lagi 1 kedai nie 1 kawasan dengan satay willy yang popular tu..jadi sapa yang pernh p makan satay willy dia tau lah lokasi kedai malboro steak nie..masa aku p cni kedai dia memang ramai org n servis dia agak kelam kabut sedikit..maybe sebb baru lagi perkerja dia n tidak berapa fasih lagi bhasa melayu..harga makanan pada aku masih berpatutan dan harga mampu lah bila nak bayar mkanan tu..aku mintak maaf lah lpa nak snap gambar makanan dekat citu..nnti bila2 aku p cna lagi aku

Rawatan Kesuburan (5) #HuCoG 5000 ( Pecahkan Telur )

 Alhamdulillah ovum K.Ika memberi kesan yang positif.. Ada 2 ovum yang membesar dari makan ubat yang diberikan oleh doktor.. K.Ika makan clomid 50mg.. K.Ika pergi scan pada CD12..Bulan lepas masa cycle tak jadi tu K.Ika terus ambil ubat yang doktor bagi.. Doktor sarankan K.Ika ambil 50 mg dahulu.. Kalau tak berjaya maybe doktor akan naikkan lagi dos di masa akan datang..  Saiz yang K.Ika dapat dalam 26 & 18.. Untuk cucuk ubat nie kena saiz telur 18 ke atas.. Kalau terlebih besar sangat tak helokk juga.. Memandangkan K.Ika ada saiz yang doktor nak jadi terus cucuk lah pada hari yang sama.. Hari yang K.Ika pergi adalah hari khamis jadi takut esok hilang macam cycle bulan lepas terus cucuk lah siap-siap hanya tunggu hasil je lah nanti..hihi.. K.Ika terlupa nak tangkap gambar ubat tu.. Masa tu tengah fikir nak cepat sebab suami lama tunggu dekat dalam kereta..  Resit ada tapi bila K.Ika google tak ada pulak keluar nama tu.. Keluar model barang komputer 😅.. K.Ika ingatkan harga nya mah