Kebetulan suami offer dekat K.Ika tanya nak air fryer atau pressure cooker? K.Ika tak buat keputusan waktu tu ambil masa juga fikir nak ambil yang mana 1.. Kenalah fikir apa kegunaan nya kan & mana banyak pakai.. Kalau beli benda yang jarang pakai kan dah rugi.. Nak beli masa dekat raya penghantaran akan menjadi lambat dan risau barang akan kemek jadi K.Ika beli selepas raya..
AIR FRYER GISELLE
Menjadi pilihan K.Ika adalah Air Fryer.. Sebab apa boleh masak nugget atau kentang lepastu panggang ayam dan membuat kek..hihi.. Pressure cooker lebih kepada masak nasi atau sup macam tu.. Suami bukan lah penggemar kepada masakan yang bersup.. Dia tak suka makan ayam lembik-lembik 😂..
Kenapa K.Ika pilih jenama nie? Tak ada lah popular mana pon jenama nie & kena dengan bajet suami.. Sekarang dah bermacam-macam jenama keluaran Air Fryer.. K.Ika beli saiz dalam 4.8L.. Saiz kecik ada dalam bajet RM200.. Beli besar senang boleh masak ayam seekor dalam tu.. Bila SIL no 3 datang senang lah kalau nak masak ayam seekor.. SIL no 3 pandai masak walaupon tengok resepi dari google.. K.Ika masak tengok dari google ikut nasib.. Ada masa menjadi ada masa huhu je lah..
Harga nie tak mahal sangat dalam RM 266.88 + aksesori pengepit jadi = RM 281.86.. Kos penghantaran agak mahal sikit dalam RM 12.46.. Suami cakap beli lah pengepit tu sekali dia cakap nanti terkena tangan .. Nampak sangat K.Ika masak selalu kena panas-panas.. Tak adalah K.Ika hanya menjerit bila goreng ayam atau ikan meletop lepastu kena minyak dekat muka.. Sakit oo.. Jadi trauma kejap bila nak masak sambil ketap gigi terus sakit kepala 😅.. Nak masak pon stress..hahaha..
REKAAN GISELLA
Rekaan air fryer nie biasa-biasa je.. Cuma yang menarik sebab dia punya button adalah Digital.. Analog harga dia murah sedikit dari yang digital.. K.Ika tertarik dengan Air Fryer sebab nak buat Burn Cheesecake.. Beli orang jual saiz 6 inchi 1 slide dalam RM 11.. Dah lah kecik harga pulak mahal.. Bajet beli tengok tak adalah mahal mana.. SIL no 3 baru beli Air Fryer masa pkp haritu jadi SIL ada buat Burn Cheesecake nie.. Tergoda K.Ika tengok tau..
Design dia biasa-biasa sahaja.. Tapi dia punya bunyi alarm agak kuat ye.. Terasa bingit telinga sekejap..haha.. Pada K.Ika ok je asalkan boleh berfungsi dan harap bertahan dengan lama lah Air Fryer nie.. Ada buat percubaan masak nugget dalam nie suami cakap tak garing.. Hari berikutnya bila nak makan nugget K.Ika goreng je guna kuali..hahaha..
Sapa yang nak saiz besar bajet ciput macam K.Ika boleh lah beli Air Fryer jenama nie.. Jenama yang popular macam Tefal, Panasonic, Elba & lain-lain ada juga dalam bajet RM 200 tapi dia punya saiz kecil lah.. Itu je lah beza.. Tepuk poket pilih lah mana yang mampu 😂
Comments
Post a Comment