Masa suami tanya selain beli >> Air Fryer<< nak apa-apa lagi tak.. K.Ika tengah fikir nak paw apa lagi dekat suami nie.. Orang dah nak belanja kita kena pilih..hihi.. Fikir punya fikir K.Ika mintak jus blender untuk buat air.. K.Ika beli konon-konon nak buat air jus oren ke senang..hihi.. Alang-alang dah beli kita buat lah uji kaji air lain juga..hihi..
JUS BLENDER
Ada juga harga yang dijual mengikut bajet korang dari bajet kecil kepada bajet besar.. Ada harga yang bermula dari bawah RM20- RM100 ke atas.. Yang mahal sangat tak boleh dibawa ke mana sahaja.. Kenapa yang nie menjadi pilihan K.Ika??
1. Bentuk
2. Warna Hijau
3. Saiz
K.Ika lemah bila melibatkan ada warna hijau + warna hijau tu cantik.. Ada juga yang RM 20 hijau tapi hijau nya tak cantik terang sangat.. Bila tunjuk dekat suami & dapat kelulusan apa lagi kita order je lah sekali jangan tunggu lama..hihi..
Design dia menarik kan.. Boleh minum terus sahaja dari bekas tu tak perlu nak pindah ke cawan yang lain.. Dah bekas pon comel kan jangan lah korang masukkan buah tu besar-besar kena potong dalam saiz kecik.. Jika korang masukkan saiz besar blender tu tak jalan tau.. Sebab K.Ika tak terkena masa mula buat air 😅.. Bila baca balik rupanya besar sangat K.Ika buat.. Bila dah potong bagi kecik jalan blender tu.. K.Ika dah dok fikir rosak ke apa benda nie.. Baru sampai tak akan dah rosak kan..haha..
Ada macam-macam design dan warna yang ada dijual dipasaran.. Ikut pada poket korang nak yang mana.. Ada yang hanya dirumah atau boleh dibawa ke mana sahaja.
Nie view dari penutup nya.. Bila dah sampai K.Ika bagi cas penuh.. Dalam masa 2 minggu lagi bateri masih lagi bertahan.. K.Ika hanya menggunakan sekali sehari je.. Nak buat selalu buah tak berapa segar sangat jual.. K.Ika hanya buat buah jus avokado yang sesuai untuk ttc.. Nak cuci pon senang korang hanya masukkan air sahaja dan blend tapi K.Ika agak orang lama sikit tetap basuh guna sabun 😂
Comments
Post a Comment