K.Ika nak belikan mak motor skuter.. Nak share duit dengan adik.. K.Ika dah tengok harga dan adik kata ok.. Adik transfer duit dekat K.Ika.. Bila tanya mak nak skuter mana mak cakap tak nak skuter.. K.Ika tanya lah nak basikal tak? Basikal ok nak.. Apa sebab K.Ika tak nak tanya lebih-lebih tahulah kan orang tua bukan suka tanya banyak-banyak..hihi..
K.Ika pon bincang balik dengan adik mak nak basikal dan adik pon ok dengan pilihan K.Ika.. Tak apalah janji mak pakai basikal tu ok lah dari beli benda yang mak tak nak simpan je benda tu kan.. Beli basikal pon online kome..haha.. Ye lah nak balik sana tak tahu bila jadi kita beli online je lah..
Basikal pilihan K.Ika yang mak dan adik suka
Ini lah basikal nya.. Basikal ala-ala design korea sikit.. Kena pasang sendiri tau.. Saiz spanar yang pakai agak susah nak cari iaitu saiz 15..Sebab apa K.Ika kata susah sebab nak repair motor atau kereta tak ada saiz 15 yang setahu K.Ika..Kalau ada mungkin K.Ika yang tak jumpa lagi..hihi.. Dah kena pergi kedai beli 1 set terus yang ada saiz 15.. Pasang nie kena ada kesabaran sikit..
Harga K.Ika beli termasuk postage RM240.81.. Harga dekat kedai RM350..Ramai yang nampak basikal nie kata lawa basikal nya.. Ish K.Ika bila orang duk puji nie bukan apa risau pantang lepa tak nampak bayang.. K.Ika pernah ada sejarah basikal hilang depan rumah 3 tau..huhu.. Yang hilang tu design biasa-biasa je..
Masa balik tengok mak ada pakai ok lah tak rugi lah beli.. Rumah dah jauh tu yang belikan mak basikal senang nak p kedai ke tak payah nak jalan kaki atau abah hantar.. Sebelum kawin K.Ika pernah kayuh basikal balik kampong dengan mak dan adik.. Tak adalah jauh mana dalam 6km je.. Itu lah salah satu memori K.Ika kayuh basikal dengan mak..
Siapa nak belikan mak-mak basikal yang comel dan design terkini boleh lah beli dekat shopee je..Duduk kampong basikal jenis terkini punya..hihi..
Comments
Post a Comment