Sudah berapa banyak blender lah K.Ika beli lah..hahaha.. Dari saiz mini sampai ke besar ada dekat rumah nie.. Salah satu punca tergoda sebab warnanya..hihi.. Jenama dessini nie memang dah lama K.Ika usha dan tunggu harga sale baru nak beli.. Lama juga K.Ika simpan hasrat tu.. Bila dah lama ada jenama lain dia keluarkan design sama tapi warna lain..hihi..
K.Ika tertarik lah dengan warnanya.. Nampak cantik dan simple sahaja.. Suami tak tahu pon K.Ika ada beli yang baru.. Pakai duit sendiri dia tak tahu lah.. Guna duit dia mungkin dia akan bising dulu baru bagi..hahaha.. Rasa-rasa tak nak kena marah jadi kita guna je lah duit sendiri kan.. Jenama yang menjadi pilihan adalah Swiss Thomas..
Antara nude dan hijau K.Ika akan pilih hijau.. Hijau adalah warna kegemaran K.Ika.. Baju je tak banyak hijau sebab nak pakai couple dengan suami dia tak nak hijau..hahah..Ada setengah barang sahaja yang K.Ika akan beli warna hijau.. Tengok juga hijau tu hijau yang macam mana..
Korang nak murah beli barang dekat tik tok beli waktu gaji atau tarikh yang sama bulan contoh 9/9.. Bulan lain pun ambil tarikh ikut bulan tu.. Ada juga vouvher jangan lupa claim..
Comments
Post a Comment