Singgah pantai nie tak ada dalam rancangan.. Kebetulan lalu dekat tepi pantai nie waktu mendung dan cuaca pon redup BIL tanya pemandu tu nak berhenti dekat tepi pantai nie sekejap boleh ke? Pemandu nie pon ok je..K.Ika antara yang tak lepaskan peluang turun sebab nak bergambar dekat tepi pantai 🤣..
BIL ada kita ambil peluang lah mintak tolong ambilkan gambar.. Santai-santai je dekat sini tak lama..Habis ambil gambar terus gerak ke destinasi seterusnya..Sebelum nak gerak tu MIL sempat lah bersembang dengan orang malaysia.. Kebetulan orang ipoh juga orang tu..
Antara salah satu hasil tangkapan gambar dekat tepi pantai.. K.Ika tak pernah jemu lah datang dekat sini..Melibatkan pantai nie memang tak jemu lah.. Pantai nie sebaris je dengan samila beach.. Samila beach ada banyak gerai jualan tepi jalan.. Dekat sini tak ada sangat.. Tempat yang K.Ika pergi nie nama pantainya Chalathat Beach..
Dekat tepi pantai nie ada juga buaian.. Disebabkan dah terberhenti jauh sikit jadi kita ambil je lah gambar dekat pantai yang berdekatan sahaja..Malas nak patah balik ke belakang.. Dekat tepi pantai nie cantik juga pemandangan nya..Waktu petang elok lah datang ke pantai tak ada rasa bahang panas..
Nak bergambar pon cantik bila matahari terbenam.. Dekat samila beach ada gerai-gerai makan kena berjaga-jaga banyak monyet..Monyet nie bukan boleh nampak makanan dalam plastik mula lah nak rampas..Jangan lupa ambil gambar dekat pantai waktu petang tau memang cantik dan tak menyesal lah tangkap gambar dekat sini..
Comments
Post a Comment