Skip to main content
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Nora Plaza

Hari ke 3 kita kemana pulak.. Yang nie pon kebetulan BIL pergi sarapan dan naik maxim.. Sekali tu tanya orang tu kalau sehari berapa harga sewa kereta.. Harga yang dia charge dalam 1800bath sampai ke malam. Eh kenapa terus hari ke 3 mana hari ke 2?? Hari ke 2 banyak duduk dekat dalam bilik 😏.. Petang baru keluar p urut dan makan malam terus.. Hari ke 2 tak best pada K.Ika sebab kena marah dengan suami depan MIL & BIL.. Benda hal kecil je tapi disebabkan ada panas baran susah kalau bab berbincang nie.. Ahhh kita abaikan hari yang tak seronok tu.. Kita cerita yang seronok-seronok je..

K.Ika tak ikut sarapan sekali sebab mereka dah siap baru call K.Ika..haha.. Memang malas lah nak ikut dengan bersiap dan ambil mood sedar lagi..hihi.. BIL telefon tanya nak ikut sekali tak jalan-jalan sehari pusing hatyai.. Tong-tong duit dalam 200bath sorang.. K.Ika hanya bayar 200bath selebihnya SIL no 3 belanja..hihi.. TQ SIL no 3.. 

Destinasi yang K.Ika pergi sebelum mereka datang ambil K.Ika dan suami.. Nora Plaza-Hat Yai Shooting-Masjid Songhkla-Bum Sem (samila beach) makan dulu sebab cuaca panas terik-Tang Kuan Hill-Songkhla Old Town ( tak pergi sebab dah penat )- Tangkap gambar dekat tepi pantai-Amazon cafe- 7e (port wajib dekat hatyai )- Bung li - Hotel.. Perjalanan destinasi korang boleh pilih nak pergi kemana sahaja yang korang nak.. Sebab korang sewa kereta tu sehari.. Jangan luar kawasan hatyai udahlah.. Sewa hanya untuk dalam kawasan hatyai sahaja.. Luar hatyai bayaran mahal lah..


Destinasi pertama kita adalah Nora Plaza.. Apa yang ada dekat Nora Plaza nie?? Sama je dengan kyson jual barangan cenderhati dari bag,kasut,magnet peti ais,ada patung gajah juga sesuai bagi cikgu atau kawan-kawan..Apa yang K.Ika perasan dekat sini ada jual bag dari kulit pari dan kulit buaya kome.. Harga pon pada K.Ika tak mahal sangat lah.. Bag ala-ala hermes dari kulit buaya cantik kome.. Tapi harga dia tak berapa cantik 🤣.. Dalam 4000bath lebih harga dia.. 

Sebab K.Ika tak ada bajet je.. Ada bajet dah beli 🤣🤣.. Ala-ala dior pon ada dari kulit buaya.. Kulit pari tak salah wallet je kot.. Sebab harga mahal seram nak tengok..haha.. Orang kata kulit buaya atau kulit pari tahan lama.. Lepastu seller tu cakap pakai kulit buaya lama-lama akan pecah minyak dari kulit tu..

Magnet peti ais dia pon cantik2 juga design..Dalam nie tak banyak ambil gambar K.Ika segan pekerja dia ada dekat setiap bahagian 😅.. Dalam nie sejuk sikit dari kyson.. Orang pon tak berapa padat dekat sini.. Masuk sini dia akan bagi voucher 20%.. Padahal harga memang dah siap tolak 20%..Voucher tu buat syarat sahaja nak mengatakan yang kita customer dekat situ..hihi..



Taraaaa 🫣.. Wallet yang K.Ika sangkut.. Slot kad agak sikit ada 4 slot sahaja..Lepastu ada ruangan untuk letak duit kertas dan syiling.. Mula-mula K.Ika tengok dekat wallet kulit pari tapi tak ada yang saiz kecil yang K.Ika nak.. Wallet besar nak buat apa duit pon tak ada..hahhaha..

Kita tengok berapa lama tahan dengan kulit buaya nie.. Wallet K.Ika sebelum nie dah sopek-sopek tu nak beli yang lain.. Mula-mula ragu nak ambil dah suami kata ON K.Ika laju je pilih..haha..Lebih dari 5 tahun kira ok lah pulang model lah dari K.Ika beli tiap-tiap tahun..hihi..

Lupa pulak nak bagitau harga..Harga selepas diskaun 999bath.. Harga sebelum tak ingat..Mintak maaf lah K.Ika bab matematik lemah.. Korang kira lah sendiri harga asal dia 🤭.. Dalam seribu bath lebih juga lah..

Ada 4 pilihan warna hitam,biru muda,putih dan coklat.. K.Ika pilih hitam sebab warna selamat supaya wallet tak kotor.. Dah dapat wallet baru muka ada banyak manisss ooo..hahahaha..Orang kata kita songlap duit tok laki tak apa dapat pahala.. Sebelum kena songlap dengan orang ke 3 🫣..Setuju kan mesti mana-mana isteri setuju dengan ayat nie..hihi..


Nie pon salah satu juga bila cuti dekat mana-mana akan beli.. Dekat peti ais tu penuh dekat hatyai je 😁.. Dah hatyai je mampu sebab sempadan malaysia dan murah juga lah harga bila bercuti dekat sana..

Ada banyak pilihan jual ada 1 ada yang 1 bungkus ada 5 magnet.. Yang kerja sesuai beli macam nie sebab senang bagi..hahaha..Yang nie suami pilih.. Macam tahu-tahu je isteri dia suka warna hijau..hahah..Kebetulan je itu semua.. K.Ika dah balik baru perasan warna hijau suami pilih..

Jom kita pergi ke destinasi yang seterusnya..........

 

Comments

Popular posts from this blog

Himalaya Speman

Ini adalah produk en suami makan..harap ada lah hasil yg baik nnti..K.Ika nk cba makan himalaya shatavari tak ade pulak stok dekat kedai cni..huhu..nak beli online tak percaya pulak..mungkin belum rezeki K.Ika untuk mendapat zuriat secara natural..si isteri kena jumpa doktor tidak lama lagi..huhu..harap semua akan berjalan dengan lancar..inilah kebaikan speman untuk laki..cba fikir positif..ini adalah makanan herba dari india.. Untuk ketahui lebih lanjut boleh google..ada yang serasi dengan ubat ini akan tunjukkan hasil yang positif.. TIDAK SEMUA ORANG SESUAI DENGAN PRODUK NIE ..kita hanya manusia biasa hanya berusaha sahaja..ubat ini ada dalam bentuk kapsul dan berwarna pink..1 bekas ada terdapat dalam 100 biji kapsul..tergoda K.Ika bila tengok ubat nie..hihi..harga termasuk gst rm56.20..boleh dicari di farmasi yang terpilih atau di lazada ye.. APA FUNGSI YANG TERDAPAT DALAM HIMALAYA SPEMAN? Meningkatkan spermatogenesis Bahan-bahan semulajadi dalam Speman menggalakkan spe...

Kurma Dhuha By Homemade Bonda Rozita

PENGENALAN Ubatan herba merupakan terapi tertua dalam sejarah perubatan bermula dengan penemuaannya di Mesir , India dan China yang telah berusia puluhan ribu tahun ( melalui peradaban kuno ).Herba yang terbaik sudah tentulah herba yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W seperti Jintan Rom & Madu Asli ,bahkan merawat dengan herba bukan lagi sesuatu yang baru. Rawatan tradisional telah lama muncul sejak zaman Nabi Adam a.s, Baginda yang pertama memperkenalkan ilimu perbidanan dengan herba dan diamalkan oleh isteri baginda semasa berpantang.Siti Hawa mengamalkan herba makan Jintan Rom untuk mengembalikan tenaga,melancarkandarah,memperbanyakkan susu dan mengimbangi hormon.Selain itu,Siti Hawa juga mengamalkan pengambilan air rebusan herba terdiri daripada campuran daun inai,jintan rom dan Kemenyan Arab bagi mencuci darah supaya tidak berbau dan melancarkan ketulan darah nifas. Hari ini,uabtan herba terus menguasai pasaran dunia sebanyak 20% semenjak 2012 dan terus meningk...

Madu Ajaib Turkey By Wawa

Sapa yang ada masalah dengan K.Ika ✋.. K.Ika mengalami masalah masih belum lagi hamil sehingga perkahwinan masuk ke 6 tahun.. Ada juga yang lama lagi K.Ika masih belum dikurniakan zuriat lagi.. Ada yang amalkan nie hanya paling cepat 1 botol sudah melekat.. Ada yang 4 botol baru melekat.. Kesan kepada badan masing-masing adalah berlainan yer.. Macam K.Ika makan apa sahaja tak ada menunjukkan tanda-tanda positif.. Ada K.Ika baca bila kita dah makan macam-macam tidak beri kesan kepada badan kita kemungkinan dalam badan kita ada toksin jahat yang makan khasiat yang kita amalkan.. K.Ika juga mengalami masalah membuang air besar.. Paling lama seminggu tidak membuang ye.. Dah berapa banyak toksin yang terkumpul dalam badan K.Ika..huhu.. Kali nie K.Ika tewas teringin untuk mencuba ikhtiar dengan Madu Ajaib oleh wawa zainal & aeril.. Sapa yang tak kenal pasangan yang memang fanatik dengan lagu-lagu hindustan.. Video mereka kebanyakan banyak lagu hindustan.. Madu nie dikilangkan di lua...

Maboro Steak Restaurant Nilai

Ok dekat sni aku nak cerita pasai mkanan westren yang x berapa baru lah sangat aku cuba dekat cni...mula2 aku x tau ada kedai nie bukak aku tau pon sebb kawan en suami ajak lepak dekat cni..nmpak sangat lama x membeli barang dekat psaraya besar nie kan..nak cari kedai nie senang je x susah mana..kedai nie terletak di bandar baru nilai (berdekatan dengan tesco) dan juga bertentangan dengan dataran nilai..kedai dia terletak dihujung..jadi memang senang nak nampak lah..kawasan kedai tu memang besar sangat n luas.. Lagi 1 kedai nie 1 kawasan dengan satay willy yang popular tu..jadi sapa yang pernh p makan satay willy dia tau lah lokasi kedai malboro steak nie..masa aku p cni kedai dia memang ramai org n servis dia agak kelam kabut sedikit..maybe sebb baru lagi perkerja dia n tidak berapa fasih lagi bhasa melayu..harga makanan pada aku masih berpatutan dan harga mampu lah bila nak bayar mkanan tu..aku mintak maaf lah lpa nak snap gambar makanan dekat citu..nnti bila2 aku p cna lagi aku...

Rawatan Kesuburan (5) #HuCoG 5000 ( Pecahkan Telur )

 Alhamdulillah ovum K.Ika memberi kesan yang positif.. Ada 2 ovum yang membesar dari makan ubat yang diberikan oleh doktor.. K.Ika makan clomid 50mg.. K.Ika pergi scan pada CD12..Bulan lepas masa cycle tak jadi tu K.Ika terus ambil ubat yang doktor bagi.. Doktor sarankan K.Ika ambil 50 mg dahulu.. Kalau tak berjaya maybe doktor akan naikkan lagi dos di masa akan datang..  Saiz yang K.Ika dapat dalam 26 & 18.. Untuk cucuk ubat nie kena saiz telur 18 ke atas.. Kalau terlebih besar sangat tak helokk juga.. Memandangkan K.Ika ada saiz yang doktor nak jadi terus cucuk lah pada hari yang sama.. Hari yang K.Ika pergi adalah hari khamis jadi takut esok hilang macam cycle bulan lepas terus cucuk lah siap-siap hanya tunggu hasil je lah nanti..hihi.. K.Ika terlupa nak tangkap gambar ubat tu.. Masa tu tengah fikir nak cepat sebab suami lama tunggu dekat dalam kereta..  Resit ada tapi bila K.Ika google tak ada pulak keluar nama tu.. Keluar model barang komputer 😅.. K.Ika ingatkan...