Skip to main content

Posts

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Wad Pemulihan

Jika selepas pembedahan korang boleh bergerak sendiri tak ada lah kena masuk ke wad sini pulak.. Memandangkan suami lama baring & tidak bergerak dalam 16 hari hanya baring sahaja  diatas katil disebabkan tidak boleh bergerak banyak takut tulang belakang tu akan lari & terkena saraf tunjang suami.. Selepas operation suami kena tahan di wad PACU selama 3 hari.. Kemudian doktor Rehab tidak lepaskan suami dengan keadaan suami yang tidak boleh berdiri & hanya terlantar sahaja di atas katil.. Jadi bila difikir balik suami pon bersetuju untuk pindah ke wad REHAB nie.. Harapan untuk balik sebelum raya memang sudah tidak adalah.. Doktor pon tak sarankan suami naik kenderaan untuk perjalanan yang agak jauh.. Bila suami dipindahkan ke wad sini terus boleh bangun untuk mandi dan juga membuang air besar..Terasa lah aura positif di wad rehab nie.. Sakit di belakang tetap ada juga walaupon boleh bergerak.. Bahagian tempat pembedahan suami tu jadi berair.. Harap tidak lah lu...

Dugaan Di Bulan Ramadhan

Dugaan dibulan ramadhan yang Kak Ika sendiri tak sangka langsung.. Pagi seperti biasa suami akan gerak pergi ke tempat kerjanya.. Haritu suami agak tergesa-gesa untuk ke pergi ke tempat kerja..Kak Ika mendapat 2 panggilan yang tidak dikenali.. Kak Ika memang tak akan angkat no telefon yang tidak dikenali pagi hari.. scam kan banyak zaman sekarang nie.. Tiba-tiba ada orang datang ke rumah.. Kak Ika p buka pintu & jiran Kak Ika 1 tingkat bagitau yang suami Kak Ika kemalangan siap tunjuk lagi gambar muka en suami.. Bila Kak Ika dapat tau darah terus naik sampai atas kepala.. Kak Ika tahan air mata depan jiran tu.. Tutup je pintu hujan dalam rumah.. Dia punya ngetar tangan tu tak tau nak cakap macam mana lah.. Tangan sibuk lah telefon kawan suami sebab nak tau perkembangan suami macam mana.. Bila dah dapat telefon kawan suami yang boleh hantarkan dekat hospital memang hati rasa berdebar-debar lah nak tau keadaan suami kita macam mana.. Kak Ika tak tau drive kereta.. Moto boleh bawa...

Khasiat Madu Kelulut

Madu kelulut dihasilkan oleh Lebah Kelulut. Lebah Kelulut juga dikenali sebagai (meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu.. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia,antaranya Trigona Scaptotrigona , Trigona Laeviceps , Trigona Apicali s, Trigona Itama , Trigona Thorasica dan lain-lain lagi.. Lebah Kelulut boleh didapati di kebanyakan kawsan-kawasan tropika dunia,seperti Australia, Afrika, Asia Tenggara, dan kawasan tropika Amerika. Antara negara Asia Tenggara yang dikenal pasti mempunyai lebah trigona adalah seperti indonesia ( 37 spesis ) , Thailand ( 20 spesis ), Myanmar ( 9 spesis ), Vietnam ( 8 spesis ), India ( 3 spesis ), Taiwan ( 1 spesis ) dan negara kita Malaysia terdapat lebih ( 29 spesis ) lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadi. Madu Kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi kh...