Madu kelulut dihasilkan oleh Lebah Kelulut. Lebah Kelulut juga dikenali sebagai (meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu.. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia,antaranya Trigona Scaptotrigona, Trigona Laeviceps, Trigona Apicalis, Trigona Itama, Trigona Thorasica dan lain-lain lagi.. Lebah Kelulut boleh didapati di kebanyakan kawsan-kawasan tropika dunia,seperti Australia, Afrika, Asia Tenggara, dan kawasan tropika Amerika.
Antara negara Asia Tenggara yang dikenal pasti mempunyai lebah trigona adalah seperti indonesia ( 37 spesis ) , Thailand ( 20 spesis ), Myanmar ( 9 spesis ), Vietnam ( 8 spesis ), India ( 3 spesis ), Taiwan ( 1 spesis ) dan negara kita Malaysia terdapat lebih ( 29 spesis ) lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadi. Madu Kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiat nya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis.
Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa..Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah biasa.. Labh ini penting bagi ajen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis bunga, buah, sayur dan tanaman lain.
KELEBIHAN MADU KELULUT
Madu Kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan Lebah Kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa,ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral.
Antara bahan penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga.. Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai anti kulat, anti virus dan anti bakteria.
Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A, B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral. Bioflavanoid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.
ANTARA 4 KHASIAT MADU KELULUT :
1. Anti Bakteria
Kelulut mengeluarkan propolis yang mengandungi antibiotik semula jadi dan anti bakteria. Sebab itulah sarangnya tidak ada fungus. Kelulut menggunakan resin daripada pokok dan diproses di dalam badannya bagi mencegah pembiakan mikrob.
2. Masalah Pencernaan
Madu kelulut mengandungi vitamin, mineral, asid amino dan enzim yang penting untuk proses pencernaan,Malah,madu kelulut juga mengandungi anti bakteria yang dapat mencegah pertumbuhan bakteria dalam salur pencernaan.
3. Anti Oksidan
Asid fenolik, sejenis bahan antioksidan terkandung dalam madu kelulut dan kandungannya lebih tinggi berbanding madu tempatan atau madu import. Nutrien ini mempunyai pelbagai kegunaan,antaranya asid p-koumarik mempunyai aktiviti antioksidan yang tertinggi diikuti dengan asid protokaechuik dan seterusnya asid vanilik.
4. Menyembuhkan Luka
Oleh kerana madu adalah bahan semulajadi, jadi ia dapat mengekalkan sanitasi pada bahagian luka,sehingga menghasilkan penyahbauan yang baik untuk luka. Selain itu, madu kelulut juga menjalankan aktiviti angiogenik, iaitu mekanisme penyembuhan luka dan juga mendorong pembentukan tisu granulasi serta penghasilan sel baru pada luka. Beberpa kajian juga telah menunjukkan bioaktiviti madu lain yang menarik seperti antinociceptive, imunomodulator dan aktiviti nematicidal.
cc : credit mr google...
![]() |
Besar ni harga RM 30.. |
Jadi buat anda diluar sana yang ingin mencuba madu kelulut yang original boleh hubungi di nombor yang tertera +60135061619.. Boleh dipercayai kerana bela sendiri lebah kelulut nie.. Yang pasti ORIGINAL tidak campur dengan air ye.. Kak Ika pon dah repeat banyak kali beli dengan dia..
saya dah cuba juga..hehe
ReplyDeleteHihi..semoga amalkan dengan konsisten... iman kena kuat jangan terpengaruh dengan godaan produk diluar..hahaa
Delete