Salah satu peralatan yang diminati oleh suri rumah atau wanita yang sudah berkahwin iaitu Vacum rumah.. Benda nie dah lama aku tengok dekat shopee cuma nak beli tu macam tidak berapa penting kan sebab rumah tidak ada sofa atau kapet sebelum nie.. Memandangkan aku dah pindah rumah lain jadi vacum kena beli sebab untuk sedut habuk yang ada di dalam kapet pakej sekali vacum 1 rumah..
Walaupon vacum nie kecik tapi memang dia sedut habis lah habuk yang ada kita tak nampak dengan mata kasar nie.. Yang pasti harga tidak mahal.. Itu yang kita inginkan..hihi.. Rambut pon habis kena sedut lah.. Maklum lah rambut kami mudah gugur jadi merata-rata2 ada rambut kami.. Pakai lah macam-macam syampoo sama juga..
Aku beli vacum ni dengan hasil mengasuh.. Dapat lah juga beli barang dengan hasil mengasuh tu.. Dapat lah kurang beban en suami.. Kebetulan bukan tu adalah bulan terakhir aku mengasuh jadi lah buat kenangan dengan hasil sendiri.. Boleh je aku nak mintak en suami tapi tanggung jawab dia banyak tak apa lah aku tolong kan.. Harga vacum nie dalam rm99 termasuk postage lagi.. Antara sebab aku suka shopping di shopee bila beli barang dengan harga tertentu akan dapat free postage.. Kan dah jimat dekat situ..
![]() |
Comel kan vacum nie..hihi |
Aku suka vacum nie sebab dia kecik dan senang untuk diuruskan..hihi.. Vacum nie tidak boleh menampung beban yang banyk habuk kena cuci bila dekat bahagian dalam tu sudah penuh dengan habuk.. Pada aku sesuai guna untuk rumah yang kurang habuk sebab tidak boleh tampung habuk dalam kuantiti yang banyak.. Tambahan lagi vacum nie kecik aku selepas guna selalunya aku akan basuh vacum tersebut.. Selama aku pakai alhamdulillah vacum masih lagi boleh digunakan sehingga sekarang..
Dari ada vacum besar dekat rumah tak pakai letak dalam stor lebiih baik kita gunakan vacum yang kecik nie.. Memang memudahkan kerja aku lah.. Kaum wanita diluar sana jangan lah kita malas untuk memastikan rumah kita dalam keadaan yang kemas yer.. Sama juga kepada kaum lelaki atau suami.. Bila isteri atau mak anda sudah kemas jangan lah sepahkan rumah tu.. Ingat mereka tak ada kerja lain ke nak kemas rumah je 24 jam.. Mereka bukan orang gaji ye..
Jom lah cuci-cuci mata di shopee.. Memandangkan tidak lama lagi raya shopee ada buat promosi.. Sila rambang mata melihat barang yang ada dijual di shopee.. 😉
Comments
Post a Comment