Dugaan dibulan ramadhan yang Kak Ika sendiri tak sangka langsung.. Pagi seperti biasa suami akan gerak pergi ke tempat kerjanya.. Haritu suami agak tergesa-gesa untuk ke pergi ke tempat kerja..Kak Ika mendapat 2 panggilan yang tidak dikenali.. Kak Ika memang tak akan angkat no telefon yang tidak dikenali pagi hari.. scam kan banyak zaman sekarang nie.. Tiba-tiba ada orang datang ke rumah.. Kak Ika p buka pintu & jiran Kak Ika 1 tingkat bagitau yang suami Kak Ika kemalangan siap tunjuk lagi gambar muka en suami.. Bila Kak Ika dapat tau darah terus naik sampai atas kepala.. Kak Ika tahan air mata depan jiran tu.. Tutup je pintu hujan dalam rumah.. Dia punya ngetar tangan tu tak tau nak cakap macam mana lah.. Tangan sibuk lah telefon kawan suami sebab nak tau perkembangan suami macam mana..
Bila dah dapat telefon kawan suami yang boleh hantarkan dekat hospital memang hati rasa berdebar-debar lah nak tau keadaan suami kita macam mana.. Kak Ika tak tau drive kereta.. Moto boleh bawa.. Kalau ada moto dekat rumah dah lama Kak Ika redah p hospital sendiri tau.. Sampai je dekat hospital suami berada di wad kecemasan.. Dengan tengok keadaan suami Kak Ika masa tu memang asyik nangis je lah bila tengok suami dengan terlantar baring dengan muka habis berdarah.. Bila orang tanya pasai suami pon dah nangis.. Semasa Kak Ika balik rumah sekejap ambil baju sebab nak jaga suami dekat hospital doktor ada panggil nasib baik BIL Kak Ika ada tunggu sekejap.. Doktor bagitau keadaan suami yang agak teruk di bahagian tulang belakang suami.. Mula lah risau apa-apa jadi kan dekat suami.. Suami patah di bahagian tengkuk,tulang rusuk kiri & kanan,tulang bahu & paling teruk bahagian tulang belakang.. Tulang belakang suami ada yang agak hancur sedikit..
Suami ward dahulu di Hospital Putrajaya.. Di sini ada doktor bedah tapi list dia sudah penuh.. Nak masuk celah pon tak boleh.. Doktor ada sarankan untuk operation di Hospital Serdang.. Operation tulang nie hanya dilakukan seminggu sekali sahaja.. Kenapa seminggu sekali sebab Hospital Serdang dalam renovation.. setiap tingkat sedang dilakukan renovation.. Jadi kawasan agak terhad disini.. Bila suami sudah masuk ward suami tidak dibenarkan gerak anggota badan dibahagian atas kerana risau tulang belakang akan lari.. Disini drama bermula,suami tidak tahan sakit dengan tulang cucuk-cucuk dibelakang sampai nak bangun lah.. Kami yang ramai nie pujuk lah dekat nurse untuk bagi morphine dekat suami.. Anggota badan suami banyak patah jadi dia tidak tahan sakit.. Depan orang ramai Kak Ika menangis juga sebab kesian dengan suami.. Akhirnya nurse bagi juga morphine dekat suami.. Akhirnya suami lena bila ambil morphine tu..
Kak Ika jaga suami 24 jam sebab dia tak nak orang lain jaga.. Kak Ika hanya lari sekejap balik untuk ambil baju sahaja dirumah.. Itupon tanya berapa kali mana Kak Ikanya.. 😢.. Dia ada cakap kalau orang lain jaga & dia marah nanti orang tu lari tinggalkan dia sorang.. Kak Ika nak lari mana pon kan.. Suami hanya berada di Hospital Putrajaya 2 hari & keesokannya pindah ke Hospital Serdang.. Suami dipindahkan ke wad kelas 3 kot.. Dah lah panas tak sesuai dengan suami disebabkan keadaannya yang tidak boleh berpeluh akan membuat badannya gatal-gatal.. Hari pertama tu memang tak lena tido..Kejap2 suruh lap badan.. Esoknya MIL belikan kipas.. Pakai kipas pon sama ada kurang sikit je lah.. Kami ada mohon untuk wad kelas 2 sebab memang layak pon.. Alasan depan memang tak boleh pakai langsung.. Terpaksa lah suami bertahan sehingga operation..
Ha!!! Untuk operation nie ada kos yang kami sendiri terkedu lah bila dengar harganya.. Nasib baik ada SIL kami boleh dahulukan duit.. Suami boleh mohon dengan JPA tapi memandangkan minggu tu banyak cuti takut proses permohonan tu agak lambat + nak raya tidak lama lagi.. Kos operation untuk tulang belakang suami adalah RM 19,500.. Pengsan nak cari duit nie jika SIL Kak Ika tidak membantu.. SIL Kak Ika nie jenis mulut cakap lepas.. Kak Ika tak pernah terasa pon jika SIL cakap apa-apa pon.. Ada juga dia tanya bila kami nak ada anak.. Kak Ika hanya mampu gelak je lah.. 😅..
Dah bayar duit doktor pon bgitau bila boleh operation.. Hari Jumaat yang mulia suami ditolak ke bilik OT.. Operation mengambil masa yang agak lama.. Sampai Kak Ika risau lah.. Ada apa-apa berlaku dekat suami kan.. Alhamdulillah suami selamat operation selama 8 jam di bilik OT.. Suami kena tahan di PACU selepas operation untuk melihat keadaan suami macam mana.. Masa Kak Ika melawat suami di PACU doktor bedah suami ada dan dia ceritalah kenapa mengambil masa yang agak lama semasa pembedahan.. Sensor untuk detect saraf drop jadi mereka kena buat dengan berhati-hati tak nak bagi kena saraf yang lain..
Lama juga lah suami kena tahan dekat PACU.. Banyak betoi wayar-wayar di badan suami.. Di PACU sejuk jadi tak adalah panas sangat bila kena pindah atas di tempat yang panas.. Nak mohon wad kelas 2 pon susah tau dekat sini.. Nanti Kak Ika sambung lagi ye...
![]() |
Keadaan suami sebelum operation.. Ini semasa berada di Hospital Putrajaya |
huhu..tacing masa ni...kesian tgk cham...dgn menengok karenah nurse kat spital serdang tu...mmg uji kesabaran di bulan posa...
ReplyDeleteItulah dugaan yang paling mencabar mental & fizikal.. cukup lah ini pertama & terakhir masuk wad..x mau lagi dah masuk wad lepas nie..hihi..biarlah pengalaman masuk wad bersalin pulak.. ðŸ¤ðŸ¤
Delete