Akhirnya setelah sebulan lebih teman en suami buat kerja dengan tido di dalam kereta & berperang dengan nyamuk siap juga hasil kerja en suami & kawannya.. En suami nie serba boleh & bila dia melakukan sesuatu kerja tu dia akan fokus pada benda tu.. Dapat juga upah dari bos nya..hihi.. En suami pejawat awam ada pulak kerja sambilan kan..hihi.. Lukisan ni adalah untuk club basikal en suami.. En suami & kawannya kena lukis 1 kontena besar tu..
![]() |
Besar kan 1 kontena kena lukis |
Ada juga ura-ura tanya en suami kenapa bawak Kak Ika sekali kan.. Eh dah aku isteri dia apa masalahnya.. Lagipon kerja tu tidak melibatkan kena berjumpa dengan bos en suami.. Lagipon kami kan masih lagi berdua dari Kak Ika bosan duduk rumah baik ikut kan.. En suami pon tak kisah kalau isteri dia ikut sama.. Senang ada depan mata kan..
Tak sangka pulak en suami ada bakat melukis nie.. Kalau Kak Ika memang kelaut lah jawabnya.. Bila banyak orang bagi pendapat mood nak melukis pon boleh kelaut tau.. Banyak sangat hakim susah nak melukis.. Lepastu push suruh siapkan dengan cepat.. Ermmm... Ingat lukis dekat kertas lukisan agaknya..
![]() |
Logo club basikal |
Kak Ika bangga dengan en suami walaupon kadang ada baran nya.. hahahaha.. Walaupon ada drama sikit dengan kawannya.. Biar lah hanya Kak Ika saja yang tau..hihi.. Nasib baik lah projek ni siap sebelum en suami mula kelas balik.. Kalau tak siap sebelum en suami ada kelas jawabnya huru hara lah.. Mana nak kerja lukisan dengan kelas & exciment lagi.. Bertambah tinggi lah tekanan darah tinggi en suamiku tu.. 😂
![]() |
Suka dengan lambang polis tu macam lekap sahaja tapi lukis sendiri yer.. |
![]() |
Nak warna dekat lukisan halus bukan senang tau |
Comments
Post a Comment