Skip to main content

Posts

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Hotel GoodHope Kelana Jaya

 Hotel bajet di Selangor.. Suami ada interview untuk kerja kastam cari K.Ika nak cari hotel yang berdekatan dengan tempat interview.. Maklum lah suami agak liat sikit bila bab bangun pagi nie..hihi.. Harga pon berpatutan bawah RM100 untuk 1 malam.. Parking agak terhad dekat sini dan ada pakring berbayar dan hotel akan bagi rebate bila parking berbayar tu.. Bukan bayar full ada lah rebate dia bagi.. Sesiapa yang nak duduk dekat sini masa konvo atau pon baru nak masuk kolej juga sebab apa K.Ika kata macam tu sebab dekat juga dengan tempat belajar iaitu UNITAR dan LINCOLN.. Mall pon ada juga dekat situ.. Ada urusan dengan tabung haji atau ANGKASA pon dekat juga.. Kira fasiliti yang ada berdekatan dengan hotel nie..  Tandas untuk hotel 2 bintang bersih juga walaupon ada sikit-sikit tu kita tutup mata sahaja lah.. Jangan ada harapan tinggi macam hotel 5 bintang pulak.. Tuala dan barang mandi pon ada juga disediakan..  Ini besar bilik yang K.Ika dapat.. Jadilah buat tidur sahaj...

Time Tunnel

Lama dah terperam..Nak taip tak ada mood nak menaip..hahaha.. Peminat barang lama/antik jangan lepaskan peluang datang dekat sini.. Memang banyak barang antik dekat sini.. Dulu tempat nya lain dah pernah terbakar tak pasti barang selamat ke tak dalam tu.. Sekarang tempatnya dekat dengan Agro Market.. Dekat sini ada juga jual strawberry dan lain-lain..  Harga bayaran masuk murah je.. Nak pusing dalam tu luas dan setiap bahagian ada kisahnya sendiri.. Kira setiap sudut memang boleh OOTD dalam tu.. Antara larat dengan tak je nak pusing dalam tu.. Jalan nak keluar pon lain kena naik tangga..hihi..Nanti bila keluar masuk pintu kiri keluar dekat kanan.. Atas tu ada kedai jual macam-macam.. Bawah nie serba sedikit gambar yang kami sempat OOTD..  " Dating dekat tempat arang minum pagi 😃 "  " Dah minum kopi kita main mahjong dulu 😂 " "Alamak!! abang kaunter nie posing pulak.. Bukan nak ambil order kita 🙊 " " Termenung je lah merenung masa depan..hahaha ...

Cameron Valley Tea House

 Destinasi yang K.Ika nantikan..hihi.. Cameron Valley Tea House 1 dan 2.. K.Ika pergi yang no 1 sebab ada air terjun..Untuk mana yang tak tahu lagi dekat cameron valley tea no 2 pon boleh juga pergi ke tempat air terjun.. K.Ika rasa dekat no 2 nie baru buka.. K.Ika pon baru tahu setelah balik dari sana.. Mungkin sambutan agak padat dekat no 1 tu yang depa buat juga dekat no 2.. Harga masuk untuk naik buggy seorang RM15. . Jalan kaki RM4 .. Suami pilih naik buggy dia malas nak jalan kaki turun bawah..hahah.. Pada hari K.Ika pergi nie cuaca tak berapa cantik.. Kejap panas kejap hujan.. Masa K.Ika sampai panas tapi ada rintik-rintik hujan sikit.. Sebelum nak keluar hujan turun dalam pukul 11 pagi macam tu.. Dah hujan kami pergi makan dekat food court dekat dengan hotel.. K.Ika keluar pon dalam pukul 1 macam tu.. Jalan macam biasa ada setengah kawasan agak jem sikit.. Jem yang tak tahu apa puncanya..haha.. Dah sampai sini K.Ika habis hatilah.. Tempat yang memang K.Ika nak pergi.. Dah b...