Skip to main content

Posts

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Sos Tiram

Sos tiram organik tanpa bahan pengawet.. Tak salah K.Ika kandungan tiram dalam sos nie adalah 14%.. Harga di thailand murah ye bila convert duit malaysia dalam RM8 sahaja.. Dekat shopee pon ada jual juga sos tiram nie.. K.Ika pon dalam proses nak hamil cuba juga tukar makanan dan bahan-bahan yang organik.. Faham-faham lah makanan organik nie boleh tahan juga kan harganya.. Jadi K.Ika cuba tukar mana yang mampu buat masa nie.. Mula-mula K.Ika cadang dekat adik ipar tentang sos tiram nie.. Lepastu dia belikan untuk K.Ika juga sekali.. Kot lah nak merasakan sos tiram yang mahal.. Dekat malaysia pasaraya yang jaya grocer ada jual sos tiram nie dan harga dia mahal sikit tau bila dah masuk malaysia..  Apa penting sos tiram nie ada cop HALAL .. Bukan sos tiram sahaja ada jual sos ikan,sos ikan bilis dan banyak lagi lah.. Rasa pada K.Ika sedap dan boleh makan.. Ada setengah orang alergik tiram kan.. K.Ika dan suami serasi makan guna sos tiram nie.. Bila K.Ika masak guna sos tiram nie sedap...

Liptint 4u2

Kebetulan adik ipar K.Ika nak pergi ke hatyai untuk healing sempena dia berhempas pulas siapkan thesis master.. K.Ika tak boleh nak ikut sekali sebab bulan depannya ada family day dan memerlukan duit yang banyak juga nak pakai.. Berjalan tak ada duit pon tak seronok pulak jadi K.Ika kirim sahaja dekat adik ipar.. Kebetulan ada duit lebih thai masa pergi hatyai bulan 7 haritu jadi K.Ika guna duit tu sahaja lah.. Tak kirim banyak pon liptint dan eyebrow sahaja 😅.. Harga liptint nie boleh tahan mahal juga dalam 320 baht macam tu untuk 1 sahaja.. Adik ipar cari dekat dua kedai yang berlainan 1 watson lagi 1 beautrium.. Bila kira-kira ada 1 seller tu jual murah sikit dari yang harga K.Ika beli..haha.. Seller tu jual dia ambil dekat watson hatyai juga.. Tak tahu lah kalau harga borong dapat murah ke tak kalau beli dekat watson.. Benda pon dah beli kita pakai je lah.. Modal pon sikit jadi kirim pon sikit lah.. Tak apa tahun depan K.Ika nak p masuk thailand lagi dengan suami..haha.. Kita boro...

Sticker Touch N Go Comel

  K.Ika kalau benda bab merapu nie dan comel nie memang suka betul..hahaha.. Kebetulan suami nak beli barang untuk hp dan barangnya 1 sahaja.. Dah alang-alang K.Ika tengok lah kedai tu jual apa lagi.. Cari punya cari K.Ika jumpa sticker untuk touch n go punya..K.Ika punya touch n go baru warna pink ada 2 jadi dah alang-alang jumpa tu kita beli lah 2 sticker jadi dapat bezakan kad mana yang ada duit..hihi.. Yang betul nya itu semua adalah alasan untuk membeli..hihi.. Harga pon murah je 1 sticker Rm5 macam tu.. Sticker nie senang nak pasang dan cantik 😁.. Memang elok lah sticker nya..Berkenan boleh lah tengok dekat shopee.. Ramai je seller ada jual.. Comel kan sticker nya.. Mana tak tergoda K.Ika kecomelan sticker nie memanggil untuk membelinya..hahaha.. Tq lah suami belanja.. Kad K.Ika warna pink suami punya panda.. Dua2 kad K.Ika pegang..haha..