Kebetulan adik ipar K.Ika nak pergi ke hatyai untuk healing sempena dia berhempas pulas siapkan thesis master.. K.Ika tak boleh nak ikut sekali sebab bulan depannya ada family day dan memerlukan duit yang banyak juga nak pakai.. Berjalan tak ada duit pon tak seronok pulak jadi K.Ika kirim sahaja dekat adik ipar.. Kebetulan ada duit lebih thai masa pergi hatyai bulan 7 haritu jadi K.Ika guna duit tu sahaja lah..
Tak kirim banyak pon liptint dan eyebrow sahaja 😅.. Harga liptint nie boleh tahan mahal juga dalam 320 baht macam tu untuk 1 sahaja.. Adik ipar cari dekat dua kedai yang berlainan 1 watson lagi 1 beautrium.. Bila kira-kira ada 1 seller tu jual murah sikit dari yang harga K.Ika beli..haha.. Seller tu jual dia ambil dekat watson hatyai juga.. Tak tahu lah kalau harga borong dapat murah ke tak kalau beli dekat watson..
Benda pon dah beli kita pakai je lah.. Modal pon sikit jadi kirim pon sikit lah.. Tak apa tahun depan K.Ika nak p masuk thailand lagi dengan suami..haha.. Kita borong apa yang nak diborong nanti.. Warna pilihan K.Ika pink dan merah tak berapa merah.. Gabungan 2 warna nie buat ombre cantik tau..
Comments
Post a Comment