Sapa peminat tumbler dekat sini?? Rumah K.Ika banyak botol air plastik K.Ika dah buang.. Lagipon dah lama botol airnya nak dekat 7 tahun juga tak berganti yang baru.. Masa sesi kemas rumah K.Ika memang semua sekali.. Sebabnya bila dah buang boleh beli yang baru..wakakaka...
Apa yang berkenan sangat dengan tumbler nie?? Apa ynag buat K.Ika tertarik adalah boleh engrave nama dekat tumbler nie 😁.. Asyik teringat je dekat tumbler nie.. Itulah perempuan kan.. Nafsu membeli tu kuat betul..haha..
Sebelum nie suami ada tumbler tapi jenis yang macam cawan + straw besi tu.. Masih elok dan berfungsi dengan baik.. Cuma air senang tumpah lah dan tak boleh letak dalam bag.. Warna yang K.Ika nak dah habis dan tak tahu bila restock nya.. Kalau tak ada engrave ramai je seller jual murah dalam R25 pon ada..
Tumbler macam yang K.Ika beli nie ada 2 saiz iaitu 350 ML & 750 ML.. Harga pon berbeza mengikut saiz.. K.Ika tak sanggup nak tunggu jadi beli je warna apa yang ada.. Masa K.Ika tak banyak pilihan ada warna hitam dan hijau sahaja.. Lagi 1 kelebihan engrave nie orang tak boleh nak curi tumbler kita tu..hahaha.. Nak pakai pon mesti malu kan ada nama orang lain..hihi..
Warna tumbler pilihan K.Ika adalah warna hijau..hihi.. K.Ika beli saiz 750 ML.. Untuk engrave nama nie harga masa K.Ika beli RM33+engrave.. Untuk nak tulis banyak dan lebih dari 10 patah perkataan boleh chat dengan seller dan akan cas RM5.. Ikutkan K.Ika nak tulis banyak tapi suami tak tahu nak tulis apa jadi K.Ika buat nama kami berdua sahaja..
K.Ika dah cuba memang tahan lama air sejuknya dan original tumbler.. Sekarang kan banyak orang jual fake.. Cuma buat berjaga-jaga..hihi.. Disini tak diberi sekali bagnya.. Seller yang jual tumbler tanpa engrave nama ada setengah seller bagi percuma bag.. Aii nak kena beli lagi tumbler ke dengan bag nya..hahah.. Bag dia sahaja dalam RM5..
Ini cobaan untuk shopping lagi lah nie.. Bahaya sungguh kalau macam nie.. K.Ika pon silap tak tanya seller tu.. Takkan semata-mata nak beli bag kan.. Kos penghantaran dah berapa.. Alang-alang cuci mata je lah teruskan..hahaha...
Comments
Post a Comment