Skip to main content
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Disneyland Tokyo Jepun

Day 3

Aktiviti kami hari nie adalah ke disneyland..kami ambik tiket starlight..bukan ambik dari pagi punya..ambik yang nie pon tak habis pusing lagi kawasan tu..pada waktu pagi kami berdua tidak join sebab tido lambat gara2 en suami main game..erm...waktu cuti sempat lagi dia main game..sakit pulak hati kita..ok abaikan kisah yang tidak berapa seronok..perjalanan ke disneyland akan bertukar train 2 kali..waktu pergi adik ipar hantar balik kami kena balik sendiri..huhu..bermula lah cabaran pada waktu nie..aku akan ceritakan nanti..
Dah sampai disneyland biasa lah jakun kejap kan dekat tempat orang..lawa giler tempat dia..nak tangkap gambar susah sebab waktu kami sampai adalah matahari pacak atas kepala..nak posing2 mata aku tertutup..spoil mood aku nak posing depan pintu masok sebelum lepas kaunter tiket..masa pergi ni aku,abang ipar dan mak sedara en suami tidak beli tiket lagi..nasib baik lah servis dia cepat dan tidak perlu beratur lama..harga tiket disneyland starlight adalah 5400 yen = rm 210 (harga berubah mengikut matawang ye.)..kami hanya bekal kudapan biskut sahaja selama berada dalam nie..
Selepas beli tiket kami menuju lah ke kaunter untuk masok..aku dah cuak sebab kena periksa bag..aku cuak risau makanan aku kena rampas..ternyata tidak sama sekali ye..makanan kita tidak dirampas oleh pihak sana..pandai2 lah jaga kebersihan dan peluang yang dibagi membolehkan bawak makanan masok..lpas je dari pemeriksaan ha apa lagi acara wajib posing2 lah dekat gerbang dia dulu..pengunjung dia jangan tanya lah sesak..
Apa lagi jom lah kita meneroka kawasan disneyland tokyo jepun..bukan selalu datang wey..masok2 sahaja kawasan dia seakan sama mcm dengan uss singapore..klu boleh semua tempat aku nak posing..disebabkan aku nie pemalu sikit tak suka orang tengok aku posing maklumlah kurang keyakinan pada diri sikit..aku kan tidak berapa nak dalam kategori cun..hihi..perkara yang wajib bila pergi disney adalah tangkap gambar depan istana dia lah..baru lah nama nya kita dah pergi disneyland..waktu kami sampai tu pada waktu petang ada persembahan..untuk simpan tenaga kami duduk di barisan paling belakang tidak mengganggu org dibelakang kita bila hendak menangkap gambar atau merakam video..
Kebersihan memang tip top dia jaga ye dalam kawasan tu..semasa menunggu persembahan bermula ada pekerja akan membawa tong sampah jika ada pengunjung hendak membuang sampah..servis dia memang tip top lah..depa memang murah dengan senyuman bila cakap dengan mereka macam itik dengan ayam..mereka tidak mementingkan bahasa inggeris..dah masuk disneyland tentulah persembahan kartoon dari cerita disneyland..lawa lah baju2 yang depa pakai masa persembahan tu..persembahan ambik msa dalam 30 minit mcm tu tak salah ak..mereka akan pusing sampai istana perhentian terakhir..
Di jepun kul 6 macam tu matahari sudah tebenam..terasa macam lama padahal kejap je rasa pusing dalam tu..persembahan pada waktu malam ada jugak lagi cantik sebab mereka tutup lampu biarkan lampu di kereta berhias sahaja..disana aku masok tengok cerita cartoon donald duck 3d..memang terbaik sekali dengan effect air kot dapat merasa..anak buah aku takut sikit nasib baik dia tidak mengamuk masa tengok cerita tu..hihi..aku teringin nak naik kereta kuda yang pusing2 tu kan.aku tengok dewasa boleh masok mestilah aku nak cuba..tapi malangnya barisan dia jangan cakap lah..memang barisan dia Q sungguh..aku tengok je lah kuda tu..huhu..memandangkan Q panjang aku dengan en suami pilih untuk masok ke istana..aku hendak masok sebab nak tangkap gambar dekat situ je..masok dalam tu dia dia boneka cinderella semua..nak jugak tangkap gambar dalam tu aku kan kurang keyakinan pada diri dan tambahan barisan panjang aku tak jadi lah beratur nak tangkap gambar..dekat pintu keluar tu aku posing2 lah dengan en suami..macam biasa abang ipar aku tolong tangkap kan gambar..sapa suruh handphone dia canggih..hihi..
Menurut abang ipar sulung aku dia kata ada bunga api tapi menurut risalah yang aku dapat tak ada bunga api..memandangkan tidak mahu bertengkar kami ikut sahaja lah yang dia kata..bila tanya petugas situ musim kami datang tiada persembahan bunga api hanya ada kereta berhias lampu sahaja..kami pon berjalan untuk duduk ditempat petang tadi sebab senang nak keluar balik..waktu persembahan dalam pukul 7.45 malam..lawa2 lampu kereta berhias wey...waktu malam aku tak rakam video sebab disneyland tutup pukul 10 malam..untuk menggelakkan kesesakan lepas habis persembahan kami terus keluar..masa kami hendak balik tu masih ada lagi penduduk disitu masok..pelik jugak akukan dapat harga murah ke masok lewat..
Bermulalah cabaran untuk balik ke hotel berpandukan station yang ditulis oleh sepupu en suami..macam biasa abang ipar aku yang sulung nie selalu hendak dia sahaja yang betul..adalah berlaku sedikit pertengkaran untuk menaiki train yang mana 1 untuk di naik..beberapa minit kemudian keadaan pon reda dah pilih kata sepakat untuk naik yang mana 1..perjalanan balik yang penuh dengan cabaran,mental dan fizikal..hihi..akhirnya kami selamat sampai ke hotel..hahhaha...pada aku seronok jugak lah tapi tu lah aku tak sempat nak pusing habis..nie adalah gambar yang aku sempat tangkap masa dalam disneyland..

persembahan waktu malam

disneyland

istana pada waktu malam




memori di disneyland tokyo jepun

Comments

Popular posts from this blog

Himalaya Speman

Ini adalah produk en suami makan..harap ada lah hasil yg baik nnti..K.Ika nk cba makan himalaya shatavari tak ade pulak stok dekat kedai cni..huhu..nak beli online tak percaya pulak..mungkin belum rezeki K.Ika untuk mendapat zuriat secara natural..si isteri kena jumpa doktor tidak lama lagi..huhu..harap semua akan berjalan dengan lancar..inilah kebaikan speman untuk laki..cba fikir positif..ini adalah makanan herba dari india.. Untuk ketahui lebih lanjut boleh google..ada yang serasi dengan ubat ini akan tunjukkan hasil yang positif.. TIDAK SEMUA ORANG SESUAI DENGAN PRODUK NIE ..kita hanya manusia biasa hanya berusaha sahaja..ubat ini ada dalam bentuk kapsul dan berwarna pink..1 bekas ada terdapat dalam 100 biji kapsul..tergoda K.Ika bila tengok ubat nie..hihi..harga termasuk gst rm56.20..boleh dicari di farmasi yang terpilih atau di lazada ye.. APA FUNGSI YANG TERDAPAT DALAM HIMALAYA SPEMAN? Meningkatkan spermatogenesis Bahan-bahan semulajadi dalam Speman menggalakkan spe

Kurma Dhuha By Homemade Bonda Rozita

PENGENALAN Ubatan herba merupakan terapi tertua dalam sejarah perubatan bermula dengan penemuaannya di Mesir , India dan China yang telah berusia puluhan ribu tahun ( melalui peradaban kuno ).Herba yang terbaik sudah tentulah herba yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W seperti Jintan Rom & Madu Asli ,bahkan merawat dengan herba bukan lagi sesuatu yang baru. Rawatan tradisional telah lama muncul sejak zaman Nabi Adam a.s, Baginda yang pertama memperkenalkan ilimu perbidanan dengan herba dan diamalkan oleh isteri baginda semasa berpantang.Siti Hawa mengamalkan herba makan Jintan Rom untuk mengembalikan tenaga,melancarkandarah,memperbanyakkan susu dan mengimbangi hormon.Selain itu,Siti Hawa juga mengamalkan pengambilan air rebusan herba terdiri daripada campuran daun inai,jintan rom dan Kemenyan Arab bagi mencuci darah supaya tidak berbau dan melancarkan ketulan darah nifas. Hari ini,uabtan herba terus menguasai pasaran dunia sebanyak 20% semenjak 2012 dan terus meningk

Madu Ajaib Turkey By Wawa

Sapa yang ada masalah dengan K.Ika ✋.. K.Ika mengalami masalah masih belum lagi hamil sehingga perkahwinan masuk ke 6 tahun.. Ada juga yang lama lagi K.Ika masih belum dikurniakan zuriat lagi.. Ada yang amalkan nie hanya paling cepat 1 botol sudah melekat.. Ada yang 4 botol baru melekat.. Kesan kepada badan masing-masing adalah berlainan yer.. Macam K.Ika makan apa sahaja tak ada menunjukkan tanda-tanda positif.. Ada K.Ika baca bila kita dah makan macam-macam tidak beri kesan kepada badan kita kemungkinan dalam badan kita ada toksin jahat yang makan khasiat yang kita amalkan.. K.Ika juga mengalami masalah membuang air besar.. Paling lama seminggu tidak membuang ye.. Dah berapa banyak toksin yang terkumpul dalam badan K.Ika..huhu.. Kali nie K.Ika tewas teringin untuk mencuba ikhtiar dengan Madu Ajaib oleh wawa zainal & aeril.. Sapa yang tak kenal pasangan yang memang fanatik dengan lagu-lagu hindustan.. Video mereka kebanyakan banyak lagu hindustan.. Madu nie dikilangkan di lua

Maboro Steak Restaurant Nilai

Ok dekat sni aku nak cerita pasai mkanan westren yang x berapa baru lah sangat aku cuba dekat cni...mula2 aku x tau ada kedai nie bukak aku tau pon sebb kawan en suami ajak lepak dekat cni..nmpak sangat lama x membeli barang dekat psaraya besar nie kan..nak cari kedai nie senang je x susah mana..kedai nie terletak di bandar baru nilai (berdekatan dengan tesco) dan juga bertentangan dengan dataran nilai..kedai dia terletak dihujung..jadi memang senang nak nampak lah..kawasan kedai tu memang besar sangat n luas.. Lagi 1 kedai nie 1 kawasan dengan satay willy yang popular tu..jadi sapa yang pernh p makan satay willy dia tau lah lokasi kedai malboro steak nie..masa aku p cni kedai dia memang ramai org n servis dia agak kelam kabut sedikit..maybe sebb baru lagi perkerja dia n tidak berapa fasih lagi bhasa melayu..harga makanan pada aku masih berpatutan dan harga mampu lah bila nak bayar mkanan tu..aku mintak maaf lah lpa nak snap gambar makanan dekat citu..nnti bila2 aku p cna lagi aku

Rawatan Kesuburan (5) #HuCoG 5000 ( Pecahkan Telur )

 Alhamdulillah ovum K.Ika memberi kesan yang positif.. Ada 2 ovum yang membesar dari makan ubat yang diberikan oleh doktor.. K.Ika makan clomid 50mg.. K.Ika pergi scan pada CD12..Bulan lepas masa cycle tak jadi tu K.Ika terus ambil ubat yang doktor bagi.. Doktor sarankan K.Ika ambil 50 mg dahulu.. Kalau tak berjaya maybe doktor akan naikkan lagi dos di masa akan datang..  Saiz yang K.Ika dapat dalam 26 & 18.. Untuk cucuk ubat nie kena saiz telur 18 ke atas.. Kalau terlebih besar sangat tak helokk juga.. Memandangkan K.Ika ada saiz yang doktor nak jadi terus cucuk lah pada hari yang sama.. Hari yang K.Ika pergi adalah hari khamis jadi takut esok hilang macam cycle bulan lepas terus cucuk lah siap-siap hanya tunggu hasil je lah nanti..hihi.. K.Ika terlupa nak tangkap gambar ubat tu.. Masa tu tengah fikir nak cepat sebab suami lama tunggu dekat dalam kereta..  Resit ada tapi bila K.Ika google tak ada pulak keluar nama tu.. Keluar model barang komputer 😅.. K.Ika ingatkan harga nya mah