Skip to main content
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Euno & Sky Tree

Day 7

Hujan mula membasahi bumi jepun..cuaca sejuk ya amat bila waktu hujan..aktiviti hari nie adalah mendaki bukit aku dengan en suami tak ikut sekali dia tidur pukul 4.30 pagi..aku dah mood tak ok bila tahu dia tido lewat gara-gara main gane..macam dekat malaysia tak boleh main game kan.. ok abaikan perkara yang tidak seronok..hari nie ada acara bebas memandang cuaca hari hujan sejak subuh lagi..ada group cadang untuk pergi ke pameron honda dan memakai baju tradisional jepun..aku kejut en suami tanya nak join sekali atau tidak..jawapan en suami mestilah tidak sebab tidak cukup tidur kan..ermm...aku pon tak lah banyak bunyi diam je lah sambil main hp..hujan masih renyai lagi dan belum berhenti..
Dalam tengah hari macam tu en suami bangun dan ajak jalan2 melihat kawasan tempat hotel kami..masa kami hujan sudah berhenti dan cuaca agak redup dan sejuk..seronok jalan bila ada angin sepoi2 bahasa nie..hihi..kami pon jalan2 lah dekat sekitar  kawasan hotel untuk melihat pembangunan yang ada disitu..kawasan yang kami lalu nie agak sunyi dan kurang kenderaan lalu..maklum lah pengangkutan utama mereka ada lah train atau basikal..kereta memang kurang lah penduduk nya guna..masa kami pusing2 melihat kawasan sekitar terasa sejuk kena dengan angin sepoi2 bahasa maklum lah hujan baru berhenti..hihi..nak jalan kaki pon terasa seronok je..
Kami pusing2 dan telah sampai ke bandar euno..nampak tak penangan jalan kaki punya pasai..dah alang2 sampai boleh pergi ke kedai makanan yang en suami suka tu..selalu kami tidak pusing habis dekat kawasan euno tu sebab sampai dalam kul 7 malam kedai disana tutup awal..jadi kami sampai sana petang kami pusing habis kawasan tu untuk melihat apa yang ada..memang agak mencabar sebab kami tak ada poket wifi..jalan ikut gerak hati kami je nak p mana..hihi..nasib baik lah kawasan euno tu dah boleh hafal sikit dah banyak kali pergi kan..hihi..
Di euno terdapat gerai kecil yang menjual pelbagai barangan dari minyak wangi,kecantikan,kasut dan pakaian..buah buahan dan ikan jugak ada jual disitu..untuk tawar menawar disitu agak susah ye..dan mereka agak tidak mesra alam..ada setengah kedai sahaja yang murah dengan senyuman..kedai kebab tidak salah pengiraan aku ada dalam 3 kedai dan kedai yang menjual nasi dan ayam goreng ada 1 kedai sahaja..kedai kegemaran kami adalah dekat dengan aiskrim turki yang kenakan pembeli dia dahulu baru dapat aiskrim tu..disitu terdapat 3 gerai kami suka makan dekat gerai yang tengah tu..group kami datang euno mesti makan dekat citu..aku dengan en suami suka menu dia iaitu karagedon iaitu nasi putih dan ayam goreng serta sambal dia sikit lepastu ayam bebola aku lupa nama dia bahasa jepun..hihi..memang sedap dan tip top..hihihi..
Kebetulan kami hendak pergi makan kami berjumpa dengan group yang pergi ke pameran honda serta MIL dan kak ipar aku no 3 sekali..MIl & kak ipar acara bebas jugak jalan2 mencari beg mereka..aku dengan en suami misi untuk mencari cenderahati untuk pejabat en suami..aku pon cuci mata jugaklah kot2 ada yang aku berkenan..en suami beli fridge magnet untuk kawan pejabat dia dan aku beli beg duit syiling yang agak besar jugak dan beg zip 1..harga keseluruhan adalah dalam 6400 yen..terkejut aku sampai 6k ko..hahahhaa..
Memandangkan kami secara tidak sengaja memilih tarikh sehingga raya haji a.k.a raya korban malam nanti kami akan berkumpul di homestay MIL untu makan malam bersama2 untuk sambut malam raya haji.sapa yang nak sponser makanan pon boleh bawak pada malam tu..kami tidak bawak apa2 sebab tak ada apa makanan untuk di masak..kami balik ke hotel jalan kaki en suami semangat nak jalan kaki aku pon ok jer sebab sejuk kan..sepupu en suami ikut kami jugak sekali balik jalan kaki..
Dalam perjalanan balik tu aku bagi cadangan dekat en suami dan sepupu nya untuk pergi ke Skytree sebab tidak pernah pergi lagi kan..esok sudah nak gerak ke hotel airport narita pulak..mereka green light aku pon ok je lah..homestay MIL jugak berdekatan disitu jadi pergilah kan..cuaca pada malam nie agak sejuk kaw2 pada orang yang tidak tahan sejuk macam aku nie..giler terasa menggigil ko..jangan disangka melihat tower yang besar tu dekat ye..aku rasa adalah dalam 5 km macam tu dari homestay MIL..bapak lah jauh nak patah balik rugi sebab dah nak sampai kan jadi kami teruskan sampai ke sana jugak..
Menara nie dibina atas mall ye..aku ingat kan macam menara lain bina dari tanah dulu kan.duduk bawah tu free sahaja..nak naik kena lah bayaran ye..macam menara2 yang sedia ada dikenakan bayaran kan..klu free ramai lah orang dah masuk kan..hihi..dah sampai kami berehat2 dahulu untuk rehatkan kaki kami dan en suami isap rokok dahulu..disitu ada kawasan smoking area jadi lama lah sikit lepak disitu..lama jugak kami dekat situ dalam 30 minit macam tu..kami pon gerak ke homestay MIL untuk makan sama2..bapak sedara en suami pasang takbir raya terasa beraya di perantauan kejap..tak boleh lama2 dekat homestay MIL sebab dekat rumah sebelah dah ketuk2 dinding..dinding mereka bukan pakai batu simen tu..macam pakai papan sahaja..huhu..
Dah bagi amaran macam tu kami pon beredar lah..sebelum balik hotel kami singgah dahulu ke don quijote untuk membeli coklat..yang lain lah beli aku tak beli sebab tak habis punya soklat tu..kami bukan hantu coklat pon..servis dia boleh lambat pulak haritu..huhu..dalam sejam jugak lah nak tunggu abang ipar aku beratur bayar..badan sudah penat kita balik hotel rehat2 kan badan esok check out pukul 10 pagi..lambat 30 minit dia cas dalam 3000 yen tak salah aku..kami bertukar hotel sebab flight kami balik adalah pagi..dalam group ramai nie kami kenalah pilih hotel yang dekat sikit..hihi..

antara cenderahati yang ada..

sky tree

Comments

Popular posts from this blog

Himalaya Speman

Ini adalah produk en suami makan..harap ada lah hasil yg baik nnti..K.Ika nk cba makan himalaya shatavari tak ade pulak stok dekat kedai cni..huhu..nak beli online tak percaya pulak..mungkin belum rezeki K.Ika untuk mendapat zuriat secara natural..si isteri kena jumpa doktor tidak lama lagi..huhu..harap semua akan berjalan dengan lancar..inilah kebaikan speman untuk laki..cba fikir positif..ini adalah makanan herba dari india.. Untuk ketahui lebih lanjut boleh google..ada yang serasi dengan ubat ini akan tunjukkan hasil yang positif.. TIDAK SEMUA ORANG SESUAI DENGAN PRODUK NIE ..kita hanya manusia biasa hanya berusaha sahaja..ubat ini ada dalam bentuk kapsul dan berwarna pink..1 bekas ada terdapat dalam 100 biji kapsul..tergoda K.Ika bila tengok ubat nie..hihi..harga termasuk gst rm56.20..boleh dicari di farmasi yang terpilih atau di lazada ye.. APA FUNGSI YANG TERDAPAT DALAM HIMALAYA SPEMAN? Meningkatkan spermatogenesis Bahan-bahan semulajadi dalam Speman menggalakkan spe

Kurma Dhuha By Homemade Bonda Rozita

PENGENALAN Ubatan herba merupakan terapi tertua dalam sejarah perubatan bermula dengan penemuaannya di Mesir , India dan China yang telah berusia puluhan ribu tahun ( melalui peradaban kuno ).Herba yang terbaik sudah tentulah herba yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W seperti Jintan Rom & Madu Asli ,bahkan merawat dengan herba bukan lagi sesuatu yang baru. Rawatan tradisional telah lama muncul sejak zaman Nabi Adam a.s, Baginda yang pertama memperkenalkan ilimu perbidanan dengan herba dan diamalkan oleh isteri baginda semasa berpantang.Siti Hawa mengamalkan herba makan Jintan Rom untuk mengembalikan tenaga,melancarkandarah,memperbanyakkan susu dan mengimbangi hormon.Selain itu,Siti Hawa juga mengamalkan pengambilan air rebusan herba terdiri daripada campuran daun inai,jintan rom dan Kemenyan Arab bagi mencuci darah supaya tidak berbau dan melancarkan ketulan darah nifas. Hari ini,uabtan herba terus menguasai pasaran dunia sebanyak 20% semenjak 2012 dan terus meningk

Madu Ajaib Turkey By Wawa

Sapa yang ada masalah dengan K.Ika ✋.. K.Ika mengalami masalah masih belum lagi hamil sehingga perkahwinan masuk ke 6 tahun.. Ada juga yang lama lagi K.Ika masih belum dikurniakan zuriat lagi.. Ada yang amalkan nie hanya paling cepat 1 botol sudah melekat.. Ada yang 4 botol baru melekat.. Kesan kepada badan masing-masing adalah berlainan yer.. Macam K.Ika makan apa sahaja tak ada menunjukkan tanda-tanda positif.. Ada K.Ika baca bila kita dah makan macam-macam tidak beri kesan kepada badan kita kemungkinan dalam badan kita ada toksin jahat yang makan khasiat yang kita amalkan.. K.Ika juga mengalami masalah membuang air besar.. Paling lama seminggu tidak membuang ye.. Dah berapa banyak toksin yang terkumpul dalam badan K.Ika..huhu.. Kali nie K.Ika tewas teringin untuk mencuba ikhtiar dengan Madu Ajaib oleh wawa zainal & aeril.. Sapa yang tak kenal pasangan yang memang fanatik dengan lagu-lagu hindustan.. Video mereka kebanyakan banyak lagu hindustan.. Madu nie dikilangkan di lua

Maboro Steak Restaurant Nilai

Ok dekat sni aku nak cerita pasai mkanan westren yang x berapa baru lah sangat aku cuba dekat cni...mula2 aku x tau ada kedai nie bukak aku tau pon sebb kawan en suami ajak lepak dekat cni..nmpak sangat lama x membeli barang dekat psaraya besar nie kan..nak cari kedai nie senang je x susah mana..kedai nie terletak di bandar baru nilai (berdekatan dengan tesco) dan juga bertentangan dengan dataran nilai..kedai dia terletak dihujung..jadi memang senang nak nampak lah..kawasan kedai tu memang besar sangat n luas.. Lagi 1 kedai nie 1 kawasan dengan satay willy yang popular tu..jadi sapa yang pernh p makan satay willy dia tau lah lokasi kedai malboro steak nie..masa aku p cni kedai dia memang ramai org n servis dia agak kelam kabut sedikit..maybe sebb baru lagi perkerja dia n tidak berapa fasih lagi bhasa melayu..harga makanan pada aku masih berpatutan dan harga mampu lah bila nak bayar mkanan tu..aku mintak maaf lah lpa nak snap gambar makanan dekat citu..nnti bila2 aku p cna lagi aku

Rawatan Kesuburan (5) #HuCoG 5000 ( Pecahkan Telur )

 Alhamdulillah ovum K.Ika memberi kesan yang positif.. Ada 2 ovum yang membesar dari makan ubat yang diberikan oleh doktor.. K.Ika makan clomid 50mg.. K.Ika pergi scan pada CD12..Bulan lepas masa cycle tak jadi tu K.Ika terus ambil ubat yang doktor bagi.. Doktor sarankan K.Ika ambil 50 mg dahulu.. Kalau tak berjaya maybe doktor akan naikkan lagi dos di masa akan datang..  Saiz yang K.Ika dapat dalam 26 & 18.. Untuk cucuk ubat nie kena saiz telur 18 ke atas.. Kalau terlebih besar sangat tak helokk juga.. Memandangkan K.Ika ada saiz yang doktor nak jadi terus cucuk lah pada hari yang sama.. Hari yang K.Ika pergi adalah hari khamis jadi takut esok hilang macam cycle bulan lepas terus cucuk lah siap-siap hanya tunggu hasil je lah nanti..hihi.. K.Ika terlupa nak tangkap gambar ubat tu.. Masa tu tengah fikir nak cepat sebab suami lama tunggu dekat dalam kereta..  Resit ada tapi bila K.Ika google tak ada pulak keluar nama tu.. Keluar model barang komputer 😅.. K.Ika ingatkan harga nya mah