Menu rendang ayam nie bermacam-macam cara kita boleh masak.. Lain daerah atau negeri lain cara masakkannya.. Tidak semua sama..Ikut pada tekak masing-masing ikut pada korang rasa sedap & ok.. K.Ika tak ingat bila last masak rendang ayam nie..hihi.. K.Ika hanya masak bila sudah kahwi yer.. Sebelum kawin nan hado nak masuk dapur masak 😂😂.. Masa bujang hanya masak nasi sahaja atau bila mak tiada di rumah itu sahaja.. Yang lain mak yang masak K.Ika hanya bagi cadangan dekat mak sahaja apa nak masak.. Anak mithali memang macam nie.. Kepada adik-adik diluar sana jangan ikut perangai buruk K.Ika nie.. Dapat suami yang boleh terima kekurangan kita apa adanya kira dah bersyukur sangat lah tu.. Selepas kawin pon abah ada cakap dekat suami yang K.Ika memang tak tahu masak 😅😅.. Suami K.Ika pon tau yang K.Ika memang tak pandai masak sangat..hahahahhaa..
Nasib baik menjadi pulak rendang yang K.Ika buat baru-baru nie.. Masa masak nie risau juga lah tak menjadi rendang ayam K.Ika tu..hihi.. K.Ika masak pon ingat-ingat lupa macam mana.. Ada 2 cara K.Ika pernah guna untuk masak rendang nie.. Cara pertama masukkan ayam & semua bahan yang diblend ke dalam kuali serta air @ santan ( maaf dah lupa mana 1 nak kena letak ) tanpa letak minyak ye.. Kemudian masukkan kerisik dan last sekali daun kunyit.. Ini adalah cara mak & adik beradik mak masak semasa dikampung.. K.Ika hanya tengok sahaja..hahhaha.. Cara ke 2 adalah K.Ika ikut cara zarina yang pelakon tu.. K.Ika selalu masak cara yang kedua nie..Cara pertama tu K.Ika memang tak ingat langsung..huhu..
MACAM MANA CARA KE 2 MASAKKAN RENDANG KAK IKA???
Biasa-biasa je rendang ayam K.Ika |
RENDANG AYAM SIMPLE UNTUK 2 ORANG
BAHAN-BAHAN UNTUK DIBLEND
🌷Bawang Besar 1 Biji
🌷Bawang Putih 4 Biji
🌷Halia ( ikut suka banyak mana )
🌷Lengkuas ❓
🌷Serai ❓
🌷Cili Kering ( ikut suka nak banyak mana )
BAHAN UNTUK DIHIRIS
🌷Daun Kunyit
BAHAN LAIN
🌷Kerisik
🌷Santan
MARK ❓ = Terpulang pada korang sama ada nak masukkan atau tak.. Dsebabkan MIL K.Ika tak tahan dengan lengkuas jadi K.Ika tidak masukkan lengkuas dalam menu masakkan nie.. Serai K.Ika kurang suka.
CARA MASAK
1. Masukkan sedikit minyak untuk tumis. Sudah panas masukkan bahan yang telah diblend tadi. Jika korang suka pedas masukkan lah lebih cili kering tu. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan ayam dan gaul dengan sekata. Masukkan sedikit air. Biarkan dalam 5 minit @ 10 minit.
3. Seterusnya, masukkan santan dan juga kerisik. Masukkan juga sekali garam & gula.
4. Bila sudah nak kering rendang masukkan hirisan daun kunyit. Boleh tutup api.
5. Siap masakkan menu rendang ayam simple K.Ika.. Makan dengan nasi panas-panas sedap tau..
Korang nak mencuba boleh lah.. K.Ika hanya pandai masak untuk suami atau keluarga MIL sahaja.. Untuk bagi orang lain makan memang K.Ika sendiri tak yakin.. Risau tak sedap..hihi
akak pun style, cara pertama..buh semua sekali dalam kuali..kacau2 jap..pas tu biar je smpai masak..haha..kezahhnnyaa malas nk tumis2..tue pasal akak rajin masak rendang..
ReplyDeleteika dah lupa macam mana cara masak yang pertama tu..hahahaha..lama gila x masak rendang.. rasa kali terakhir buat sebab x jadi rasanya..hihi..
Delete