Selamat menyambut hari raya aidiladha kepada seluruh umat islam.. Raya haji nie orang kurang sambut sebab dah habiskan masa dekat setengah hari dekat masjid sahaja untuk melapah daging korban untuk diagihkan kepada yang berhak.. K.Ika tak turut serta korban sebab family K.Ika dah buatkan korban untuk kami adik beradik.. Ada rezeki lebih mana tau K.Ika boleh turut serta sama korban kan.. Kita nak buat pon boleh jika sudah buat sebelum nie..
K.Ika biasa-biasa je tak ada shopping baju raya pon.. Semoga K.Ika dan suami dapat menjalani Ibadah Haji 1 hari nanti.. Kena menyimpan duit dari sekarang.. Rindu mekah & suasana disana.. Harap akan dapat lagi pergi ke sana.. Gambar ootd tak ada.. Sibuk main dengan anak buah kejar-kejar sampai berpeluh.. Cair makeup teman ( perkataan dari perak a.k.a kita )..hahahaha..
Semoga K.Ika & en suami dikurniakan zuriat di bulan yang mulia nie.. Hadiah yang tak terhingga dari ALLAH SWT yang K.Ika & en suami menanti sehingga kini.. Kami masih lagi menanti dengan sabar walaupon kadang tu terdetik di hati kepada K.Ika masih belum mengandung.. Biasa lah godaan syaitan kan sentiasa sahaja ada untuk menidakkan ketentuan ALLAH..
Comments
Post a Comment