Dari tahun lepas K.Ika mencari tukang urut yang pandai dalam ikhtiar hamil nie.. K.Ika follow ambil masa yang lama baru nak cuba tau.. Kewangan suami tak stabil jadi kita simpan je lah hasrat dulu nak mencuba dengan mana-mana tukang urut.. K.Ika memang dah target tukang urut nie jika ada rezeki lebih.. Nak pergi tukang urut dekat kedah yang pernah K.Ika cuba sebelum nie makan modal yang besar juga lah dan kena ambil cuti yang agak panjang juga..
Alhamdulillah bulan 11 K.Ika ada rezeki lebih dan booking dengan tukang urut nie.. Sebelum booking K.Ika tanya suami nak pergi atau tak.. Walaupon tak jauh tapi kesian pulak suami kena tunggu lama semasa K.Ika mengurut.. Bila suami kata ON K.Ika pon apa lagi terus lah booking dengan Mummy..
Rasa teruja lah dapat mengurut tukang urut yang popular nie dan tukang urut adalah anak beranak ye.. NOTE PENTING : LELAKI TIDAK DIBENARKAN MASUK KE DALAM RUMAH.. Pandai-pandai lah suami korang nak tunggu mana.. Memandangkan suami pon tak ada kawan dekat Melaka nie jadi lepak dekat kedai main game sementara menunggu isterinya mengurut..
PAKEJ
K.Ika dah 2 kali ambil pakej nie.. Bulan 11 dan juga bulan 1.. Masih belum lagi nak rasa rezeki melekat dengan Mummy.. Tapi K.Ika tetap tak putus asa.. Ada rezeki lagi akan pergi lagi kesini.. K.Ika seriau sebenarnya nak buat rawatan hospital 😂.. Sebelum nie ada buat tapi dah lama selalu nya dah tak terima dan kena buat dari semula.. K.Ika bab jarum nie rasa nak nangis pon ada..huhu..
PENGALAMAN
Setelah lama badan tak berurut bila urut bulan 11 dia punya sakit badan boleh tahan lah.. Tahap sakit tu K.Ika boleh tahan lagi lah.. Memang dia tonyoh selagi boleh tapi mengikut ketahanan kita lah.. Tapi kalau urut tak kuat serupa macam spa kecantikan tu.. Kita urut nak betulka urat-urat badan yang tegang kan..
Kali ke 2 K.Ika urut oleh Mummy sepenuhnya sebab anak Mummy yang urut 1 badan tu anak nya tak berapa sihat.. Urut 1 badan mengambil masa dalam 1 jam.. Kali ke 2 K.Ika tambah pakej tangas sebab tak pernah merasa kan.. Tangas nie ada banyak kebaikan juga tau.. Memandangkan K.Ika ada keputihan selepas buat tangas nie memang tak ada lah rasa nya setakat nie keputihan keluar dah.. Makin berkurang lah dari sebelumnya..
Apa yang best kali ke 2 urut nie ambil masa nak dekat 3 jam tau.. K.Ika tak sedar pon mengambil masa yang lama sebab terasa macam kejap sahaja tau.. Lepastu anak Mummy urut wajah memang best dan suami tengok dia cakap muka lain darah berjalan dengan lancar.. Sapa yang ada migrain ada point yang korang akan rasa sakit sangat tau.. Sepatutnya K.Ika masa untuk pakej tu 1 jam 45 minit + tangas 30 minit je dan K.Ika datang awal.. Mummy bagi extra masa pulak..hihi..
Sapa yang memang kerja hadap komputer urat akan tegang di bahagian urat belikat dekat bahagian belakang badan kita dan juga bahu.. Selalu tidur mengiring bila urut dekat tangan tu memang sakit bak hang.. Lagi 1 jika kita banyak berdiri dekat bahagian lutut belakang tu perghhhh bila urut dekat situ K.Ika rasa macam kulit dihiris-hiris tau.. Bila tempat nie disentuh memang tahan selagi boleh lepastu cakap dalam hati bila nak habis urut dekat bahagian tu 😅.. Bila dah tak sentuh tak sakit langsung dah..
Kali ke 2 K.Ika urut Mummy cakap rahim K.Ika jatuh balik.. Nak tau jatuh ke tak Mummy urut di bahagian bontot K.Ika rasa sakit.. K.Ika dah tak mop tapi K.Ika ada angkat beras 5 kg 😪.. Dari situ K.Ika tahu yang K.Ika memang tak boleh langsung buat kerja berat atau angkat barang yang 5kg ke atas.. So K.Ika pendam je nak dukung budak.. Anak asuh K.Ika dulu pon dah 15 kg 😂.. Sorry anak walaupon ibu nak dukung terpaksa pendamkan..
Dekat Mummy nie semua tanggal ye hanya pakai kain batik sahaja.. Mummy urut 1 badan tidak ada yang kecuali ye.. Masa pertama kali dengan Mummy agak malu juga lah kan sebab tak pernah urut 1 badan macam tu kan.. Tak adalah segan sangat sebab pasang lampu yang romantik gitu..hihi..
Sengkak adalah untuk menaikkan peranakan kita.. K.Ika baca tak tahu apa itu sengkak sebenarnya..hihi.. Bila diterangkan baru lah K.Ika faham..hihi.. Nak tau apa itu urutan pulih dara boleh baca dekat sini ~ Urutan Pulih Dara~ Untuk penginapan korang boleh baca di link sini ~ Hotel Kobemas ~
HIASAN RUMAH MUMMY
Hiasan rumah mummy ala-ala english.. Cantik dan nak posing-posing dekat sini memang sesuai..hihi
WAKTU MENGURUT
ISNIN-JUMAAT
11 PAGI - 6 PETANG
KESIMPULAN
Memang best urut dengan mummy lepastu servis yang memuaskan.. Mummy nie orang kedah sapa yang pandai sembang memang tak sedar lah masa berjalan dengan cepat bila mengurut.. K.Ika akan pergi lagi mengurut dengan Mummy bila ada rezeki lebih.. Semoga suami K.Ika dilimpahkan rezeki yang berpanjangan dan berkat.. Aminnn...
Comments
Post a Comment