Dah nak masuk hujung bulan baru ada masa nak taip 😅.. Tak ada idea nak tulis & sibuk jaga suami bulan 12 tahun lepas sebab operation buang implan.. Tahun nie pon tak ada sambutan meriah disebabkan covid 19.. Kes pon makin lama makin tinggi dah.. Kawasan pon dah banyak yang red zone.. Azam tahun baru 2021 adalah semoga dikurniakan zuriat & berjaya dalam bisnes kecilan K.Ika supaya dapat bantu suami & juga family K.Ika.. Amiinn..
Tengok orang malaysia nie macam kurang sivik & tak takut akan bahaya covid 19 nie.. Bila kerajaan bagi kelonggaran sakan bawak anak masuk mall & pergi ke tempat yang padat dengan orang.. Bila kerajaan buat ketat mula lah merungut macam-macam.. Selalunya yang kepanasan nie bila orang dah biasa berjalan je tiap-tiap hari bila duduk rumah mulalah seperti cacing kepanasan kena duduk rumah..
Tahun baru 2021 kes makin tinggi maka kerajaan buat PKP balik kepada kawasan kes yang tinggi.. Kawasan rumah K.Ika PKPB.. K.Ika banyak habiskan masa dekat rumah & hanya keluar bila perlu sahaja.. Nak jalan dekat mall saja-saja memang tak adalah.. Keluar beli barang basah & balik rumah terus.. Suami cuti sabtu & ahad banyak habiskan masa dekat rumah.. Nak berjalan tu rasa macam tak ada mood..
Marilah kita jaga-jaga jangan terlalu lalai.. Covid 19 nie ada sahaja dia mana-mana tau.. Kalau boleh nampak rasanya ramai takut dah.. Selalu lah beringat sentiasa.. Habiskan lah masa dengan keluarga dengan baik.. Dah duduk rumah jangan asyik lalai dengan gadet pulak 24 jam.. Makan yang berkhasiat.. Nanti lain pulak penyakit yang datang..
tak ada pilihan, kena keluar juga bila turn masuk pejabat. huhu. pastu turun naik lrt pulak. moga jauh lah dari virus covid ni. sis cari rezeki..
ReplyDeleteOrang bekerja tak apa..kena juga cari rezeki.. nie yang berjalan tanpa tujuan pergi mall bawak anak beranak untuk apa.. tak faham betul
Delete