Hari ke 3 kami check in dekat chalet su ala bali.. Bilik ok berhadapan dengan pantai.. Ada banyak jenis bilik dan bilik kebanyakan tiada tv dan shower air panas.. Harga bilik adalah tetap kecuali bila naik harga sahaja.. Deposit RM 50 untuk 1 bilik..Pantry berhadapan dengan kaunter atau pintu masuk.. Dekat pantry ada penapis air,pinggan mangkuk dan peti ais..Berkongsi dengan orang lain..
Kenapa K.Ika pilih chalet nie sebab suami kata nak buka je pintu dah hadap pantai 😅.. Jadi K.Ika tanya lah dekat chalet tu hari apa yang ada kosong sebelum hari jumaat.. K.Ika jumpa chalet nie dekat tik tok..Bilik dia biasa-biasa je..Aircond kuat dan design chalet nie ala-ala bali sikit..
Kedai makan senang nak cari.. Sepanjang jalan ada je dekat tom yam waktu malam 😂.. Chalet su nie terletak di Kampung Gong Rusila,marang dan nak ke bandar terengganu dalam 20 minit macam tu..Kami dah sampai sini memang tak p bandar dah..Memang trip K.Ika terlebih santai..
Bilik yang K.Ika pilih adalah Family Sea View dengan harga 1 malam RM 169.. Katil yang queen tu dia dah bersimen siap-siap dah.. Agaknya selalu roboh kot tu tuan chalet buat simen terus senang 😂.. Kelengkapan dalam nie biasa-biasa je.. Ada sejadah disediakan untuk yang agama islam..Arah kiblat pon dia ada bagi juga..
Bilik nie jadi pilihan sebab menghadap ke pantai dan ada juga tempat masak untuk BBQ.. Tempat dan bahan kena sediakan sendiri.. Chalet su hanya sediakan tempat membakar sahaja..Ada dalam 5 tempat bakar BBQ.. Suasana pada waktu malam santai dan tenang.. Budak-budak kampung pon rilex tak ada bunyi motor malam-malam..
Ada juga disediakan buaian dekat depan bilik..Baring dekat situ sambil kena angin laut mengantuk jadinya..Lama dah tak bersantai tepi laut kan rasa seronok betul.. Dengan air laut cantik biru walaupon tengok dari atas macam tak berapa cantik airnya tapi bila dah turun memang cantik airnya..Dekat PD dah tak dapat nak merasa mood camping nie semua tak boleh dan berbayar tempat awam 😒..
Memang best lah dekat sini.. K.Ika suka tempat nie..Ada je banyak pilihan tempat lain kan dah cuti sekolah kebanyakkan tempat memang penuh lah kan.. Ada rezeki kita cuba pulak dekat pantai lain pulak di terengganu.. Kita p pulau dia pulak ke.. Sana pon banyak juga pulau yang ada.
Comments
Post a Comment