Penutup tahun 2025 K.Ika berjaya masak Asam Pedas 😂😂.. K.Ika nie bukan lah pro dalam bab masak sebab suami cerewet sikit bab makan nie tambah melibatkan makanan yang jenis berkuah.. Kalau masak menu berkuah kena pekat tak mau cair.. Bila masak suami kata lulus adalah tambah menu masakan..hihi..
Dah nak dekat 12 tahun baru pandai masak..hahahha.. Kalau lama tak masak memang lupa ingatakan juga macam mana nak masak 🫢..
BAHAN- BAHAN
Bawang merah besar
Bawang putih
Halia
Cili kering
( BLEND SEMUA BAHAN NIE..KESEMUA BAHAN ADALAH AGAK-AGAK)
Daun kesum
Bunga kantan
Bendi
Tomato
Asam keping
CARA MASAK
- Tumis dahulu semua bahan yang diblend sehingga pecah minyak.
- Dah pecah masukkan air sedikit dan bagi sampai pecah minyak kali ke 2.
- Dah pecah minyak kali ke 2 masukkan air pulak untuk nak kuah banyak boleh banyakkan air untuk nak kering masukkan air sedikit sahaja.Masa nie masukkan kesemua bahan sayur tambahan ke dalam..Jangan lupa garam semua tu..Dah siap.
NOTE : KALAU SUKA GORENG BOLEH GORENGKAN DAHULU DAN BARU MASUK.. TAK SUKA BOLEH MASUKKAN IKAN ATAU AYAM MASA TAMBAH AIR KALI KE 3 TU.





Comments
Post a Comment