Ok percubaan pertama kali aku masak sambal ikan bilis kering nie..aku belajar masak sebb x lama lagi aku akan pergi overseas uall..9 hari dok sana x kan nak makan maggie je..aku nie dah lah perut asyik nak makan je..hihi..cara masak pon mudah jugak..nie bahan2 masakan aku untuk menu nie..
Bahan-bahan
cabai kering
bawang besar 3 ulas
bawang putih 3 ulas
sos tomato *
sos cili *
perasa *
Cara Memasak
1.Blendkan semua bahan diatas kecuali yang bertanda *.
2.Gorengkan ikan bilis dengan ranggup dan asingkan.
3.Tumis bahan kisar tadi menggunakan lebihan goreng tadi..taruh bahan2 yang bertanda *.
4.Masak sehingga sambal kering.Biarkan sejuk dahulu sebelum di gaul bersama dengan ikan bilis tadi n boleh disimpan di dalam bekas..
5.Dah siap boleh dimakan bersama nasi panas2..
Ringkas je kan bahan masakan aku..aku tidak berapa reti masak pakai sukatan aku pakai ikut citrasa aku sahaja..selamat mencuba..
Comments
Post a Comment