Skip to main content
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Dugaan Di Bulan Ramadhan

Dugaan dibulan ramadhan yang Kak Ika sendiri tak sangka langsung.. Pagi seperti biasa suami akan gerak pergi ke tempat kerjanya.. Haritu suami agak tergesa-gesa untuk ke pergi ke tempat kerja..Kak Ika mendapat 2 panggilan yang tidak dikenali.. Kak Ika memang tak akan angkat no telefon yang tidak dikenali pagi hari.. scam kan banyak zaman sekarang nie.. Tiba-tiba ada orang datang ke rumah.. Kak Ika p buka pintu & jiran Kak Ika 1 tingkat bagitau yang suami Kak Ika kemalangan siap tunjuk lagi gambar muka en suami.. Bila Kak Ika dapat tau darah terus naik sampai atas kepala.. Kak Ika tahan air mata depan jiran tu.. Tutup je pintu hujan dalam rumah.. Dia punya ngetar tangan tu tak tau nak cakap macam mana lah.. Tangan sibuk lah telefon kawan suami sebab nak tau perkembangan suami macam mana..

Bila dah dapat telefon kawan suami yang boleh hantarkan dekat hospital memang hati rasa berdebar-debar lah nak tau keadaan suami kita macam mana.. Kak Ika tak tau drive kereta.. Moto boleh bawa.. Kalau ada moto dekat rumah dah lama Kak Ika redah p hospital sendiri tau.. Sampai je dekat hospital suami berada di wad kecemasan.. Dengan tengok keadaan suami Kak Ika masa tu memang asyik nangis je lah bila tengok suami dengan terlantar baring dengan muka habis berdarah.. Bila orang tanya pasai suami pon dah nangis.. Semasa Kak Ika balik rumah sekejap ambil baju sebab nak jaga suami dekat hospital doktor ada panggil nasib baik BIL Kak Ika ada tunggu sekejap.. Doktor bagitau keadaan suami yang agak teruk di bahagian tulang belakang suami.. Mula lah risau apa-apa jadi kan dekat suami.. Suami patah di bahagian tengkuk,tulang rusuk kiri & kanan,tulang bahu & paling teruk bahagian tulang belakang.. Tulang belakang suami ada yang agak hancur sedikit..

Suami ward dahulu di Hospital Putrajaya.. Di sini ada doktor bedah tapi list dia sudah penuh.. Nak masuk celah pon tak boleh.. Doktor ada sarankan untuk operation di Hospital Serdang.. Operation tulang nie hanya dilakukan seminggu sekali sahaja.. Kenapa seminggu sekali sebab Hospital Serdang dalam renovation.. setiap tingkat sedang dilakukan renovation.. Jadi kawasan agak terhad disini.. Bila suami sudah masuk ward suami tidak dibenarkan gerak anggota badan dibahagian atas kerana risau tulang belakang akan lari.. Disini drama bermula,suami tidak tahan sakit dengan tulang cucuk-cucuk dibelakang sampai nak bangun lah.. Kami yang ramai nie pujuk lah dekat nurse untuk bagi morphine dekat suami.. Anggota badan suami banyak patah jadi dia tidak tahan sakit.. Depan orang ramai Kak Ika menangis juga sebab kesian dengan suami.. Akhirnya nurse bagi juga morphine dekat suami.. Akhirnya suami lena bila ambil morphine tu..

Kak Ika jaga suami 24 jam sebab dia tak nak orang lain jaga.. Kak Ika hanya lari sekejap balik untuk ambil baju sahaja dirumah.. Itupon tanya berapa kali mana Kak Ikanya.. 😢.. Dia ada cakap kalau orang lain jaga & dia marah nanti orang tu lari tinggalkan dia sorang.. Kak Ika nak lari mana pon kan.. Suami hanya berada di Hospital Putrajaya 2 hari & keesokannya pindah ke Hospital Serdang.. Suami dipindahkan ke wad kelas 3 kot.. Dah lah panas tak sesuai dengan suami disebabkan keadaannya yang tidak boleh berpeluh akan membuat badannya gatal-gatal.. Hari pertama tu memang  tak lena tido..Kejap2 suruh lap badan.. Esoknya MIL belikan kipas.. Pakai kipas pon sama ada kurang sikit je lah.. Kami ada mohon untuk wad kelas 2 sebab memang layak pon.. Alasan depan memang tak boleh pakai langsung.. Terpaksa lah suami bertahan sehingga operation.. 

Ha!!! Untuk operation nie ada kos yang kami sendiri terkedu lah bila dengar harganya.. Nasib baik ada SIL kami boleh dahulukan duit.. Suami boleh mohon dengan JPA tapi memandangkan minggu tu banyak cuti takut proses permohonan tu agak lambat + nak raya tidak lama lagi.. Kos operation untuk tulang belakang suami adalah RM 19,500.. Pengsan nak cari duit nie jika SIL Kak Ika tidak membantu.. SIL Kak Ika nie jenis mulut cakap lepas.. Kak Ika tak pernah terasa pon jika SIL cakap apa-apa pon.. Ada juga dia tanya bila kami nak ada anak.. Kak Ika hanya mampu gelak je lah.. 😅..

Dah bayar duit doktor pon bgitau bila boleh operation.. Hari Jumaat yang mulia suami ditolak ke bilik OT..  Operation mengambil masa yang agak lama.. Sampai Kak Ika risau lah.. Ada apa-apa berlaku dekat suami kan.. Alhamdulillah suami selamat operation selama 8 jam di bilik OT.. Suami kena tahan di PACU selepas operation untuk melihat keadaan suami macam mana.. Masa Kak Ika melawat suami di PACU doktor bedah suami ada dan dia ceritalah kenapa mengambil masa yang agak lama semasa pembedahan.. Sensor untuk detect saraf drop jadi mereka kena buat dengan berhati-hati tak nak bagi kena saraf yang lain..

Lama juga lah suami kena tahan dekat PACU.. Banyak betoi wayar-wayar di badan suami.. Di PACU sejuk jadi tak adalah panas sangat bila kena pindah atas di tempat yang panas.. Nak mohon wad kelas 2 pon susah tau dekat sini.. Nanti Kak Ika sambung lagi ye...


Keadaan suami sebelum operation.. Ini semasa berada di Hospital Putrajaya

Comments

  1. huhu..tacing masa ni...kesian tgk cham...dgn menengok karenah nurse kat spital serdang tu...mmg uji kesabaran di bulan posa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dugaan yang paling mencabar mental & fizikal.. cukup lah ini pertama & terakhir masuk wad..x mau lagi dah masuk wad lepas nie..hihi..biarlah pengalaman masuk wad bersalin pulak.. 🤭🤭

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Himalaya Speman

Ini adalah produk en suami makan..harap ada lah hasil yg baik nnti..K.Ika nk cba makan himalaya shatavari tak ade pulak stok dekat kedai cni..huhu..nak beli online tak percaya pulak..mungkin belum rezeki K.Ika untuk mendapat zuriat secara natural..si isteri kena jumpa doktor tidak lama lagi..huhu..harap semua akan berjalan dengan lancar..inilah kebaikan speman untuk laki..cba fikir positif..ini adalah makanan herba dari india.. Untuk ketahui lebih lanjut boleh google..ada yang serasi dengan ubat ini akan tunjukkan hasil yang positif.. TIDAK SEMUA ORANG SESUAI DENGAN PRODUK NIE ..kita hanya manusia biasa hanya berusaha sahaja..ubat ini ada dalam bentuk kapsul dan berwarna pink..1 bekas ada terdapat dalam 100 biji kapsul..tergoda K.Ika bila tengok ubat nie..hihi..harga termasuk gst rm56.20..boleh dicari di farmasi yang terpilih atau di lazada ye.. APA FUNGSI YANG TERDAPAT DALAM HIMALAYA SPEMAN? Meningkatkan spermatogenesis Bahan-bahan semulajadi dalam Speman menggalakkan spe

Kurma Dhuha By Homemade Bonda Rozita

PENGENALAN Ubatan herba merupakan terapi tertua dalam sejarah perubatan bermula dengan penemuaannya di Mesir , India dan China yang telah berusia puluhan ribu tahun ( melalui peradaban kuno ).Herba yang terbaik sudah tentulah herba yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W seperti Jintan Rom & Madu Asli ,bahkan merawat dengan herba bukan lagi sesuatu yang baru. Rawatan tradisional telah lama muncul sejak zaman Nabi Adam a.s, Baginda yang pertama memperkenalkan ilimu perbidanan dengan herba dan diamalkan oleh isteri baginda semasa berpantang.Siti Hawa mengamalkan herba makan Jintan Rom untuk mengembalikan tenaga,melancarkandarah,memperbanyakkan susu dan mengimbangi hormon.Selain itu,Siti Hawa juga mengamalkan pengambilan air rebusan herba terdiri daripada campuran daun inai,jintan rom dan Kemenyan Arab bagi mencuci darah supaya tidak berbau dan melancarkan ketulan darah nifas. Hari ini,uabtan herba terus menguasai pasaran dunia sebanyak 20% semenjak 2012 dan terus meningk

Madu Ajaib Turkey By Wawa

Sapa yang ada masalah dengan K.Ika ✋.. K.Ika mengalami masalah masih belum lagi hamil sehingga perkahwinan masuk ke 6 tahun.. Ada juga yang lama lagi K.Ika masih belum dikurniakan zuriat lagi.. Ada yang amalkan nie hanya paling cepat 1 botol sudah melekat.. Ada yang 4 botol baru melekat.. Kesan kepada badan masing-masing adalah berlainan yer.. Macam K.Ika makan apa sahaja tak ada menunjukkan tanda-tanda positif.. Ada K.Ika baca bila kita dah makan macam-macam tidak beri kesan kepada badan kita kemungkinan dalam badan kita ada toksin jahat yang makan khasiat yang kita amalkan.. K.Ika juga mengalami masalah membuang air besar.. Paling lama seminggu tidak membuang ye.. Dah berapa banyak toksin yang terkumpul dalam badan K.Ika..huhu.. Kali nie K.Ika tewas teringin untuk mencuba ikhtiar dengan Madu Ajaib oleh wawa zainal & aeril.. Sapa yang tak kenal pasangan yang memang fanatik dengan lagu-lagu hindustan.. Video mereka kebanyakan banyak lagu hindustan.. Madu nie dikilangkan di lua

Maboro Steak Restaurant Nilai

Ok dekat sni aku nak cerita pasai mkanan westren yang x berapa baru lah sangat aku cuba dekat cni...mula2 aku x tau ada kedai nie bukak aku tau pon sebb kawan en suami ajak lepak dekat cni..nmpak sangat lama x membeli barang dekat psaraya besar nie kan..nak cari kedai nie senang je x susah mana..kedai nie terletak di bandar baru nilai (berdekatan dengan tesco) dan juga bertentangan dengan dataran nilai..kedai dia terletak dihujung..jadi memang senang nak nampak lah..kawasan kedai tu memang besar sangat n luas.. Lagi 1 kedai nie 1 kawasan dengan satay willy yang popular tu..jadi sapa yang pernh p makan satay willy dia tau lah lokasi kedai malboro steak nie..masa aku p cni kedai dia memang ramai org n servis dia agak kelam kabut sedikit..maybe sebb baru lagi perkerja dia n tidak berapa fasih lagi bhasa melayu..harga makanan pada aku masih berpatutan dan harga mampu lah bila nak bayar mkanan tu..aku mintak maaf lah lpa nak snap gambar makanan dekat citu..nnti bila2 aku p cna lagi aku

Rawatan Kesuburan (5) #HuCoG 5000 ( Pecahkan Telur )

 Alhamdulillah ovum K.Ika memberi kesan yang positif.. Ada 2 ovum yang membesar dari makan ubat yang diberikan oleh doktor.. K.Ika makan clomid 50mg.. K.Ika pergi scan pada CD12..Bulan lepas masa cycle tak jadi tu K.Ika terus ambil ubat yang doktor bagi.. Doktor sarankan K.Ika ambil 50 mg dahulu.. Kalau tak berjaya maybe doktor akan naikkan lagi dos di masa akan datang..  Saiz yang K.Ika dapat dalam 26 & 18.. Untuk cucuk ubat nie kena saiz telur 18 ke atas.. Kalau terlebih besar sangat tak helokk juga.. Memandangkan K.Ika ada saiz yang doktor nak jadi terus cucuk lah pada hari yang sama.. Hari yang K.Ika pergi adalah hari khamis jadi takut esok hilang macam cycle bulan lepas terus cucuk lah siap-siap hanya tunggu hasil je lah nanti..hihi.. K.Ika terlupa nak tangkap gambar ubat tu.. Masa tu tengah fikir nak cepat sebab suami lama tunggu dekat dalam kereta..  Resit ada tapi bila K.Ika google tak ada pulak keluar nama tu.. Keluar model barang komputer 😅.. K.Ika ingatkan harga nya mah