Memandangkan dah pindah rumah lain en suami bagi cadangan untuk membeli penapis air sebab mengasuh budak jadi memudahkan lagi kerja untuk membuat susu kita pon on je lah..hihi.. Ada dua pilihan penapis air yang nak pilih.. Coway @ Cuckoo.. Rumah MIL menggunakan Cuckoo.. Rumah SIL Coway.. Yang mana satukah yang menjadi pilihan kami??
Tadaaaaa.......
Pilihan kami adalah Coway.. Sebab apa kami pilih COWAY ? Perbezaan pembayaran Coway & Cuckoo tidak jauh beza dan contract pon sama juga dalam 5 tahun macam tu.. Ewah pilih brand ada-ada orang kata kan.. Memandangkan kawan en suami ejen coway jadi kami pilih untuk berurusan dengan kawan en suami je lah senang kan.. Aku mula guna nie pada awal tahun. nie.. Free 2 bulan penggunaan dan pembayaran akan dikenakan pada bulan ke 3.. Kami ambil pakej bulanan RM85 sebab mampu bayar.. Tidak boleh ambil lebih sebab belum lagi mampu nak ambil pakej lain.. Doa kan kami murah rezeki yer.. 😉.. Dengan ada penapis air nie memudahkan kerja untuk membuat air panas atau minum sejuk.. Tak payah dah nak simpan air sejuk dalam peti ais dah..
Kawasan lama yang aku duduk iaitu IPD Sepang memang tahap air dia memang kotor.. Tak guna penapis air memang mudah sakit lah.. Rumah lama aku menggunakan penapis air murah.. Filter dia yang boleh kita tukar sendiri tu.. Kawasan rumah yang baru aku duduk nie tidak pasti macam mana.. Servis tukar filter bulan nie baru datang.. Bulan 3 haritu datang hanya servis sahaja..
Pada yang mampu tu sila lah pasang penapis air di ruamh anda.. Memudahkan kerja isteri anda yang suri rumah atau bekerja untuk membuat air atau susu anak.. Tidak perlu masak air menggunakan cerek air dah.. Sebab bila menggunakan penapis air nie kita pon rasa yakin dan selamat dengan kebersihan airnya.
Terima Kasih En Suami pasang penapisair dirumah.. Perbincangan awal lain tapi dah jadi lain pulak.. Nak buat macam mana kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan segalanya.. Semoga kami dimurahkan rezeki.. 😉
sama..coway jugak..hehe
ReplyDeletekan..maybe sebab jenama kot.. hahahahaha
Delete