Mesti ada yang tertanya apa tu TTC kan? TTC tu adalah TRY TO CONCEIVE atau Bahasa Melayu yang mudah dan ringkas adalah Ikhtiar Hamil.. Sapa yang dah kawin masih belum hamil juga dalam kategori yang nie lah.. K.Ika antara salah seorang dalam kategori nie..
Ada banyak buah - buahan yang elok diamalkan semasa TTC nie.. TTC nie ada banyak dalam kategori antaranya adalah Berat Badan, Telur Tidak Matang, Period Tidak Teratur @ Tida Datang Langsung, Stress dan banyak lagi lah.. Jika kita amalkan diet yang betul dan gaya hidup yang sihat INSYAALLAH pengorbanan kita tu akan mendatangkan hasil yang tak ternilai..
Orang yang TTC nie lebih banyak mencabar dari orang yang normal.. Banyak pantang larang yang kena ikut.. Yang penting kena kentalkan hati dengan dugaan di luar sana,, Tambah dugaan mak cik bawang yang tak habis nak tanya kita soalan yang kita sendiri tak ada jawapan.. Kalau kita sendiri ada jawapan kan senang.. K.Ika alhamdulillah setakat nie tak ada lagi kena serang dengan mak cik bawang yang mulut lazer bukan apa risau K.Ika terjawab soalan mak cik bawang tu dengan soal balik dekat dia soalan yang pedas 😂.. Dengan soalan tu mak cik bawang nie tak tahu bahawa akan membuatkan hormon orang TTC nie akan lari..
Ok mari kita tengok buah apa yang boleh kita amalkan dengan konsisten.. K.Ika beli buah selalu bila lepas period dan hanya cukup sampai waktu subur 😅.. Amalan yang nie jangan ikut sebab K.Ika kena juga kira bajet dalam akaun tu tak boleh pentingkan diri.. K.Ika suka makan kiwi dan yang terbaru blueberry.. Buah kiwi yang paling elok yang warna oren sebab lagi tinggi vitamin c dari yang hijau.. Harga pon lagi mahal dari yang hijau.. Hijau ada juga jual biji oren nie K.Ika belum lagi jumpa yang jual biji semua paket je.
K.Ika selalu bila beli barang basah akan beli buah sekali.. Memandangkan buah blueberry nie K.Ika boleh makan dan rasa nya pon sedap kan.. Dah dekat boleh lah beli selalu kan.. Kita kena banyakkan makan buah untuk buat kudapan.. Lagi khasiat kan bila kita teringin nak kunyah kita makan je buah-buahan banyak.. Kurangkan lah makan manisan yang sedia ada..
Banyak lagi buah-buahan yang baik untuk pembesaran ovum kita.. Bukan buah sahaja tau sayuran pon ada juga mainkan dalam tumbesaran ovum kita.. K.Ika kurang sikit makan sayur 😅.. Sayuran untuk tumbesaran ovum K.Ika tak makan nak cuba takut tak sedap..hhihi.. Nanti lah K.Ika cuba perlahan-lahan makan sayur pulak selepas ini.. Pasaraya lain K.Ika tak tahu harga nya berapa.. Dekat kawasan rumah K.Ika 1 bekas dalam harga RM 9.99..
Comments
Post a Comment