Menu nie tiba-tiba teringin nak makan bila tengok ada orang post dekat FB.. Dah lama tak masak menu nie.. Menu nie senang je semua orang boleh buat kan.. Dah kawin bila teringin kena lah rajin masak sendiri kan.. Kalau duduk dengan mak boleh buat permintaan 😜.. Ikut pada korang nak pedas banyak mana..hihi..
BAHAN BLENDER
🍄 Bawang Besar
🍄 Bawang Putih
🍄 Cabai Merah Besar
🍄 Cili Padi
🍄 Kunyit
🍄Serai
🍄 Daun Kunyit
🍄 Santan
🍄 Udang
🍄 Kacang Buncis
CARA MASAK
1. Masukkan semua bahan yang blender sekali ke dalam periuk. Serai dan daun kunyit.
2. Kemudian masukkan air banyak mana yang korang nak. Lepastu masukkan kacang buncis,santan dan daun kunyit. Garam jangan lupa ye.
3. Bila sudah agak masak bahan tadi masukkan udang last sekali sebab udang cepat masak. Masuk awal takut terlebih. masak pulak kan.
4. Biarkan berapa minit kemudian tutup api. Boleh makan dengan nasi panas dan sambal belacan.
Bahan untuk blender tu K.Ika gunakan pakai agak sahaja.. K.Ika semua masakan main pakai agak sahaja tak ada sukatan. Bila tidak jadi jangan putus asa.. Bila dah jadi masakan tu korang akan rasa puas hati.. K.Ika belajar masak selepas kawin ye.. Sebelum kawin K.Ika hanya masak nasi sahaja di rumah 😂..
Dapat suami tak kisah makan apa sahaja kira ok lah tu.. Suami K.Ika dia tak akan sentuh jika makanan tu agak tidak menarik hiasan dia 😪.. Jadi K.Ika akan masak ikut tekak suami.. Kalau K.Ika teringin nak makan apa K.Ika akan masak 2 jenis.. Suami K.Ika paling suka sambal ikan bilis.. Makan tu tiap-tiap hari tak apa.. Kita yang masak pulak rasa jemu asyik yang sama 😅.
Comments
Post a Comment