Wahh sudah masuk Tahun 2020 dah.. Masa zaman K.Ika sekolah rendah imaginasi tahun 2020 akan ada kereta terbang.. Ternyata jauh lagi nak ada kereta terbang semua tu.. Nanti dah tak laku lah tiket kapal terbang sebab orang dah naik kereta terbang 🙊.. Awan pulak sesak lepas nie dengan kenderaan terbang banyak sangat..
Apa azam korang untuk tahun baru nie?? Azam K.Ika masih sama dengan azam 6 tahun lepas punya..hihi.. Semoga dipermudahkan urusan suami dan diberikan kesihatan yang makin baik.. Cukup lah tahun 2019 adalah pengalaman ngeri buat suami dan K.Ika.. Tak mau lagi pengalaman macam tu terjadi dekat keluarga K.Ika mahupon keluarga MIL.. Cukup lah K.Ika sudah kehilangan adik K.Ika yang membuat K.Ika terasa kehilangan adik lelaki K.Ika..
Semoga K.Ika dan suami akan dianugerahkan zuriat dari ALLAH S.W.T.. Hanya dari dia sahaja lah K.Ika dapat anugerah yang tak ternilai.. Kita usaha sahaja selagi boleh.. Tapi tak mau lama sangat..hihi.. Umur pon makin meningkat dah.. Wanita kan ada monopous.. Dah masuk tahap tu agak susah sikit lah nak dapat zuriat kecuali dengan kuasa DIA kita tidak boleh nak jangka kan..
Dipermudahkan bisnes online kecil-kecilan K.Ika supaya dapat membantu suami dan juga keluarga K.Ika.. K.Ika baru je ceburi perniagaan online nie.. Semoga dapat membantu keluarga di kampong.. K.Ika bukan dalam golongan yang senang.. Alhamdulillah rezeki setakat nie lepas lah buat kami pasangan..
Dimurahkan rezeki dan urusan untuk ke umrah buat kali 2.. Kali pertama adalah sebagai pengajaran buat K.Ika.. Kali ke 2 K.Ika akan ingat segala kejadian yang berlaku semasa umrah pertama K.Ika.. Jaga NIAT. MULUT, HATI, MINDA & FIZIKAL.. Dekat sana ALLAH akan bayar dengan cash tau.. Kalau boleh tinggalkan dahulu dunia sosial kerana akan mudah mulut kita berkata-kata..
Semoga apa yang diimpikan sapa yang membaca nie akan dipermudahkan dan korang doakan juga K.Ika dan suami dianugerahkan zuriat tahun 2020...
aamiin.
ReplyDeleteAminnnn 😚
Delete