Menu nie tak salah K.Ika adalah menu utara.. K.Ika bgitau awal K.Ika tak pandai sangat tau.. Nak kata sedap sangat tu tak lah.. Janji lepas anak tekak dan kenyang kira ok lah tu..hihi..Rempah yang K.Ika guna sebelum nie pernah masak.. Kali nie ubah sikit untuk menu Nasi Daging..K.Ika bila masakan ada melibatkan daging agak kurang yakin risau daging tu liat.. Kalau kedai ada jual daging batang pinang K.Ika beli je.. Mahal belakang cerita sebab nak daging lembut punya pasai..hihi..
Masa K.Ika beli daging lama dok belek nak tengok bahagian yang kurang lemak sampai cakap sorang-sorang lah 😂..Dekat bahagian situ ada gambar lembu lupa pulak nak google dulu bahagian batang pinang apa nama.. Gambar tu tulis bahasa inggeris.. Inggeris K.Ika D 😅..
NASI DAGING
BAHAN
Bawang Besar ( dihiris )
Tomato Puri
Susu Cair
Rempah Bukhari Faiza
Daging
CARA MASAK
1. Daging direbus dahulu.. Kemudian masukkan sedikit minyak ke dalam periuk nasi untuk tumis bawang merah tadi.
2. Bila dah naik bau masukkan rempah bukhari dalam 2 sudu dan tomato puri anggaran dalam 4 sudu. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan beras, air rebusan daging (ikut sukatan berapa banyak nasi masak ) , susu cair sedikit dan daging yang telah direbus.
4. Garam sedikit. Nanti tawar sangat nasi tak sedap pulak kan. Tanak nasi di atas dapur mahupon menggunakan dapur elektrik.
Boleh makan dengan apa-apa lauk yang korang hendak makan.. Buat air asam pon sodap juga kan.. K.Ika suka masak menggunakan bahan yang mudah dicari dan cara masak K.Ika kebanyakan main ikut rasa sahaja.. Tidak ada sukatan yang tepat.
Selamat mencuba menu yang simple nie..
erm..okey, boleh cuba..tpi kena tanya en suami dia makan ke tak?kang dia tak makan, jenuh nak perabiskan sorang2..haha..
ReplyDeleteHahaha..betul2..rumah akak ada pressure cooker tu lagi lah senang nak bagi daging lembut kan..
Delete