Resepi paling mudah dan senang untuk dibuat.. Dekat kedai pon dah mahal jual.. Alang-alang ada bahan dekat rumah jadi kita buat je lah sendiri.. Sebenarnya dah lama gila tak buat menu..hahaha.. Risau tiba-tiba lupa apa bahan nya..
Bahan nak buat nie sama macam korang nak buat kuih keria cuma beza bentuknya dan gula letaknya.. Kuih cek mek molek gula diletak di dalam dan kuih keria gula disalut di luar.. Ada orang ramai dekat rumah boleh lah buat kan.. Bab masak nie apa yang K.Ika suka bila kita masak orang seronok makan.. Bila kita masak lepastu makan pon sikit memang mood masak K.Ika malas lah..
K.Ika suka menu desert tapi tukang makan nya K.Ika sorang jadi lebih baik lah kita beli je..hahahha.. Tunggu mood K.Ika rajin membaking perlahan-lahan.. Nak beli peralatan untuk baking lagi.. Nak buat kek hari jadi lepas nie senang lah kan.. Sukatan pon kita boleh buat sama ada nak manis atau tak..
Kuih nie K.Ika tak tahu asal dari mana jadi pada pendapat K.Ika kita namakan sahaja kuih-muih tempatan malaysia.. Tak ada yang berebut nak claim negeri sapa 😅
BAHAN-BAHAN CEK MEK MOLEK
🍒 Ubi Keledek 2 @ 3 biji ( Direbus )
🍒 Tepung Gandum
🍒 Air
🍒 Gula
CARA MASAK
1. Campurkan ubi keledek yang telah rebus dan dilenyek ke dalam tepung gandum.. Yang nie korang main agak-agak lah tengok lembik bila digaul korang masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
2. Bila dah dapat doh yang elok, buat bulat dan letakkan gula sedikit dan buat bentuk bujur.
3. Masukkan ke dalam minyak yang panas dan goreng sehingga warna keemasan.
4. Dah siap dan boleh makan untuk buat minum petang.
#Cara K.Ika masak tidak ada sukatan hanya main ikut rasa kita sahaja.

GAMBAR
macam nie tau ubi keledek kena lenyek-lenyekkan dahulu
Letakkan gula di bahagian tengah dan buat bentuk macam nie.. Nak buat bulat pon boleh janji sama rasa 😂
Goreng sampai masak.. Gula jangan letak banyak sangat nanti melimpah dah tak cantik..hihi
Comments
Post a Comment