Kad pengenalan lama K.Ika memang nak tukar yang lain sebab kad pengenalan lama tu free hair.. Jadi kalau nak dokumen apa-apa melibatkan kad pengenalan nak tak nak kena juga bagi salinan tu.. Sudah lah pahala tak berapa banyak mana tambah lagi dosa bukan muhrim tengok K.Ika free hair 😓.. Dah tukar IC yang baru nie rasa lega lah juga sikit sebab bertudung punya gambar..
Disebalik tukar IC nie ada jalan cerita nya.. K.Ika kan reniew pasport baru dan kaunter tu tengok IC K.Ika tu macam dah lama sangat.. Memang lama pon rasanya masa K.Ika umur 18 tahun tak salah..hahah.. Kaunter tu kata ambil detail dulu nanti p tukar IC lain.. Pejabat JPN pon ada dekat lobi jadi senang lah nak tukar.. Bila dah siap semua dan nak tunggu bayar orang dekat kaunter tu panggil K.Ika untuk pergi tukar IC bila dah tukar baru boleh buat pembayaran..
Hampeh betul macam tahu je K.Ika dalam hati 50-50 nak tukar IC tu..hihi.. Nak tak nak kena p tukar lah sebab dia hold K,Ika punya pasport.. Masa K.Ika nak tukar IC di pejabat JPN pon tak banyak tanya.. Sebab alamat perak tukar IC dekat kedah 😅.. Dan K.Ika dapat IC pada hari yang sama kena tunggu dalam 30 minit juga lah.. Dikenakan bayaran RM 10..
Orang dekat pejabat kaunter imigresen tanya orang ramai ke? K.Ika cakap lah tak ramai tapi tunggu IC tu lama dalam 30 minit.. Dia tanya dapat hari yang sama ye? K.Ika cakap lah mana tahu dah orang bagi K.Ika ambil je lah..hahaha.. Benda boleh mudah nak buat rumitkan.. Servis dekat sini pon ok.. Bila tangkap gambar untuk IC K.Ika pakai tudung warna coklat nasib baik ok.. Orang kaunter tu pon tunjuk deat K.Ika sama ada ok atau tak gambar nya..
SIL nak tukar alamat je dekat IC dekat penang tapi kena tukar IC lain dan ambil dalam masa seminggu.. Mungkin tengok kawasan kot.. SIL pergi pejabat betul pon siap lewat IC nya.. SIL nak buat dekat tempat K.Ika tapi kedah hari khamis sampai pukul 2 je buka.. Memang tak sempat lah nak buat dekat situ.. Bertabah lah SIL K.Ika seminggu pegang surat besar 😂
Comments
Post a Comment